Persatuan Sepak Takraw M’sia kini bagai nyawa-nyawa ikan

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

10 preman pemeras sopir truk pasar Tanah Abang diamankan

Modusnya mereka menghalangi truk barang yang mau keluar pasar Jakarta...

Benarkah UMNO bentuk jajaran baharu?

1. Sejak beberapa hari ini tular pelbagai poster yang...

Kerajaan PN: Kaji, siasat dan rangka…

20 Jan 2021: Kerajaan PN akan kaji kenaikan harga...

INW: Indonesia pasar menggoda sindikat narkoba internasional

masih lemahnya sistem pengamanan yang sudah ada Jakarta (ANTARA) -...

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang bagaikan tinggal nyawa-nyawa ikan berikutan konflik yang melanda persatuan itu, diharap dapat menggunakan ruang yang ada untuk menyelamatkan keadaannya.

Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof berkata pihaknya berharap Majlis Tertinggi dan ahli-ahli gabungan PSM dapat berbincang mencari jalan penyelesaian dan menentukan hala tuju persatuan itu, atas kepentingan pembangunan sepak takraw negara.

Beliau berkata walaupun PSM sudah disingkirkan oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), PSM yang didaftarkan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997, masih boleh menjalankan aktiviti di dalam negara selagi tidak dibatalkan pendaftarannya.

Namun, Encik Ibrahim berkata sekiranya pembangunan sukan sepak takraw di Malaysia terjejas, pihaknya boleh mengambil beberapa tindakan sewajarnya, termasuk membatalkan pendaftaran PSM.

“PSM ada tempoh 14 hari untuk buat rayuan, harap mereka menggunakan ruang ini dan seterusnya mengambil langkah-langkah susulan yang perlu berdasarkan perlembagaan ASTAF dan PSM. PSM dan 17 ahli gabungannya yang terdiri daripada persatuan negeri masih aktif dan giat menggerakkan sukan sepak takraw di Malaysia,” katanya hari ini (22 Mei).

Khamis lalu (20 Mei), ASTAF menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta-merta, selepas didapati bersalah ekoran tindakan Presiden PSM Ahmad Ismail atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 24 Feb lalu.

PSM bagaimanapun diberi tempoh hingga 3 Jun bagi mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu kepada ASTAF.

Sebelum itu, Encik Ahmad yang lebih dikenali sebagai “Tok Mat” digantung selama 15 tahun daripada menyertai sebarang aktiviti sepak takraw bermula 6 Mei atas beberapa kesalahan berkaitan surat yang sama.

Sejauh ini, sembilan ahli gabungan PSM sudahpun menarik balik sokongan terhadap persatuan itu, selepas tiga lagi – Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (PESTANS) dan Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (PERSEDAR) – mengumumkan keluar PSM semalam (21 Mei) kerana hilang kepercayaan.

Sebelum ini, Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak), Persatuan Sepak Takraw Johor (PSJ), Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS), Persatuan Sepak Takraw Negeri Kedah (Pestak), Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT) dan Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (PESTAP), mengumumkan keluar PSM.

TIDAK HALANG MANA-MANA PIHAK TUBUH BADAN SEPAK TAKRAW BARU

Sementara itu, Encik Ibrahim berkata setakat ini pihaknya tidak menerima apa-apa permohonan baru untuk menubuhkan sebuah badan untuk sepak takraw di peringkat kebangsaan.

“Sekiranya ada permohonan, kita akan lihat. Kita tidak menghalang mana-mana pihak untuk permohonan pendaftaran persatuan, Pesuruhjaya Sukan boleh daftarkan selagi organisasi itu membantu pembangunan sukan.

“Kebiasaannya, untuk penubuhan badan sukan, perlu ada jawatankuasa penaja, sediakan perlembagaan dan sebagainya, selain mendapatkan sokongan daripada ASTAF dan ISTAF (Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa) untuk mewakili sukan berkenaan di Malaysia,” jelasnya.

Encik Ibrahim berkata Pesuruhjaya Sukan selaku badan kawal selia pembangunan sukan di Malaysiai, akan terus memantau rapat dan memberi perhatian yang serius, selain akan turut mengadakan perbincangan dan memberikan nasihat kepada PSM dan ahli gabungannya.

– BERNAMA/SM/sm

BACA juga:

Leave a Reply