[Video]Perselisihan dua rakan berakhir dengan mati di tembak - pakdin.my

Perselisihan faham dua lelaki berakhir dengan tragedi apabila mereka mati akibat ditembak dan kemudian membunuh diri.

Insiden berlaku di hadapan kedai makan di Kampung Koh, Sitiawan Perak jam 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, dalam kejadian itu, mangsa dan suspek yang masing-masing berusia 66 dan 62 tahun sedang minum di kedai makan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, berlaku perselisihan faham antara mereka yang dipercayai berpunca daripada masalah hutang perniagaan sehingga menyebabkan suspek bertindak menembak mangsa.

“Ketika kejadian, suspek yang dipercayai dalam keadaan mabuk telah menembak rakannya di kaki dan tangan menggunakan short gun sebelum dia melarikan diri dengan menaiki kereta.

“Suspek yang turut melarikan pistol mangsa bagaimanapun dijumpai mati setelah menembak diri sendiri di dalam kereta tidak jauh dari tempat kejadian,” katanya.

https://pakdin.my/tag/tembak/

UTAMABERITAPerselisihan dua rakan berakhir dengan mati di tembak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium