Persepsi disebar umpama ‘seekor babi dalam kawah coklat Cadbury’ - pakdin.my

Jabatan-Kemajuan-Islam-Malaysia-JAKIM

Masyarakat negara ini lebih gemar menyebarkan persepsi berbanding mendapatkan fakta sesuatu perkara, itu ditegaskan oleh Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Muhammad Naim Mohd Aziz.

Beliau yang merupakan salah seorang panel dalam Wacana Sinar Siri ke 29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, menjelaskan bahawa persepsi yang disebar di kalangan masyarakat adalah jauh lebih teruk berbanding keadaan sebenar.

“Soal DNA ini jangan terlalu ikut persepsi. Ianya macam seekor babi dah terjun dalam kawah coklat.

“Jangan main dengan persepsi, gunakan fakta guna ilmu dan analisis maklumat dengan akhlak dan adab,” katanya di dalam forum tersebut yang turut membangkitkan kegemparan orang ramai berikutan pemeriksaan mendapati ada DNA babi dalam dua produk Cadbury.

Menurut beliau, Jakim memandang serius soal pensijilan halal ini ekoran ianya bersangkut paut dengan agama disamping ianya merupakan satu industri yang membuka peluang kepada umat Islam khususnya untuk terus berkembang maju.

“Ini kerja kita, kami yang bagi pengesahan halal kepada mereka, jadi kami selidik dan periksa setiap rantaian penghasilan barang itu sehingga ke bahan mentahnya sekali kami jejak satu persatu, setiap keluaran itu kami periksa,” ujar beliau.

Katanya, isu DNA ini bukan baru kepada JAKIM kerana sebelum ini ada dikaitkan dalam soal Tobasco dan HP Sauce. Kalau nak dibandingkan kedudukan dua sos ini lebih kritikal dari Cadbury,” katanya.

Menurut beliau, isu kedua-dua sos itu menjadikan syarikat pengeluar Tobasco dan HP Sauce yang berpangkalan di Amerika Syarikat hari ini mempunyai sijil halal dan melantik orang Islam untuk memantau proses pembuatan kedua sos tersebut.

Beliau juga meyakinkan orang ramai bahawa ini bukanlah kali pertama Jakim menangani masalah seumpama itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui dengan adanya kemudahan media sosial masa kini adalah punca kepada isu ini diperbesarkan masyarakat.

“Kami (Jakim) tak melenting, kita dah biasa dengan isu ini, masa dulu Whatsapp dan Facebook tak ada lagi, tapi bila sekarang ini ada yang tukang tambah, jadi tukang karut,” jelasnya.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPersepsi disebar umpama ‘seekor babi dalam kawah coklat Cadbury’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium