Statistik Corona

Malaysia
2,407,382
Confirmed
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Malaysia
2,297,289
Recovered
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Malaysia
81,955
Active
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Malaysia
28,138
Deaths
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm

Malaysia

Malaysia
2,407,382
Confirmed
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Malaysia
2,297,289
Recovered
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Malaysia
28,138
Deaths
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm

Indonesia

Indonesia
4,237,834
Confirmed
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Indonesia
4,079,120
Recovered
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Indonesia
143,120
Deaths
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm

Thailand

Thailand
1,821,579
Confirmed
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Thailand
1,699,934
Recovered
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
Thailand
18,559
Deaths
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm

Global

All countries
242,995,443
Confirmed
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
All countries
218,505,645
Recovered
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm
All countries
4,941,024
Deaths
Updated on October 21, 2021 23:21 11:21 pm

Persis “Budak Kecil Nak Jadi Ketua Darjah 5 Anggur”…

Siapa yang bekuasa di Selangor?
Siapa yang bekuasa di Selangor?

Macam budak kecil yang memalukan ibubapanya di khalayak umum. Itu saja ayat yang terlintas di fikiran saya tentang pergaduhan yang semakin sengit di antara MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali. Rasa macam nak ketawa pun ada…

Terkini, Anwar menegaskan bahawa tindakan menggugurkan “kekasih”nya dari jawatan Ahli Lembaga Pengarah PKNS baru-baru ini adalah tidak sah. Katanya, pengurus besar PKNS tidak punya kuasa untuk menggugurkan jawatan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Kuasa tersebut berada di tangan Kerajaan Negeri.

Kata Anwar, dia akan “bercakap” dengan Khalid dalam masa terdekat mengenai kedudukan Azmin yang berada di belakang Ketua Umum PKR itu ketika bercakap dengan media.

Dalam perkembangan yang sama, Azmin turut mengutuk Khalid Ibrahim di Twitter, mengatakan MB Selangor itu mengeluarkan “kenyataan kangkung”.

TweetAzminAli01

Malah ADUN Selangor itu juga turut menggelar MB Selangor itu sebagai “Mr U-Turn”, mungkin gelaran itu diberikan atas alasan Khalid membuat pusingan U bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk membina loji Langat 2 baru-baru ini.

TweetAzminAli02

Selain itu, Faekah memarakkan lagi api pergaduhan dengan sindiran pedas terhadap “kem” Azmin. Ungkapan seperti “hero persis badut” dan “tersalah salak pokok” selamba diluahkan di Twitter. Tweet Faekah itu dibidas pula “anak ikan” dari kem “Azmin”, Rafizi Ramli yang menyifatkan tweet dari Faekah itu “persis racun”!

TweetFaekah01

Tak macam budak-budak? Hanya kerana sebuah JAWATAN, pemimpin-pemimpin “pembela rakyat” itu bergaduh macam budak sekolah tak dapat jadi ketua darjah 5 anggur? Sampai perlu mengadu pada “mak bapak”? Dan kemudian ibu bapanya buat siadang akhbar berikrar akan bertemu Guru Besar tentang kedudukan anaknya?

Selepas itu, konco-konco budak yang berebutkan jawatan ketua darjah itu bergaduh, lawan kutuk mengutuk di papan hitam. Seluruh murid dalam kelas berkenaan sudah tentu pening dan menyampah melihat dua orang budak bodoh yang berebutkan jawatan, kan?

Sebab itulah saya katakan pemimpin Pakatan Haram di Selangor macam budak-budak!

Padahal, Selangor kini sedang menghadapi pelbagai masalah yang di antaranya sangat serius, sensitif dan meresahkan rakyat di negeri termaju itu. Isu kalimah “Allah” dan rampasan bible berlaku di Selangor. Malah paderi Andrew Lawrence yang kurang ajar itu juga bertegas mahu terus gunakan kalimah “Allah” di seluruh negeri Selangor. Isu itu lebih penting!

Tapi yang disebokkan Azmin, Khalid, Anwar, Faekah dan Rafizi ialah soal JAWATAN! Isu aqidah umat Islam itu seolah-olah langsung tidak menarik minat mereka untuk diselesaikan segera.

Isu keputusan Khalid menutup Pusat Giat Mara misalnya, juga perlukan penyelesaian segera. Pusat yang menjadi harapan bangsa Melayu untuk melatih kemahiran anak-anak muda seperti itu perlu dikekalkan, tapi Khalid nak tutup pula. Anwar tak mahu “bercakap” dengan Khalid tentang kedudukan Pusat Giat Mara di Selayang Utama itu, kah?

Sebetulnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Haram Selangor itu telah lari dari memikul tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. Lain yang rakyat suruh mereka buat, lain yang mereka lakukan. Lain yang rakyat harap, lain yang mereka laksanakan. Lain yang rakyat mahu, lain pula yang mereka berikan. Macam itu rupanya “pembela rakyat ala Pakatan Haram”?

Gila jawatan betul! Sikap itu saling tidak tumpah seperti Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan Kerajaan. Mulanya dia hanya ketua pelajar, dia mahu jadi Timbalan Menteri. Kemudian dia mahu jadi Menteri dan kemudian merengek nak jadi Timbalan Perdana Menteri. Bila gopoh sangat “gilakan” jawatan Perdana Menteri, sebab itulah dia kena “lempang”, kot? Melampau!

Hodoh betul akhlak mereka. Kalau nak bergaduh, bergaduhlah “diam-diam”. Kalau nak bergaduh pun, bergaduhlah demi sesuatu yang lebih berfaedah dan membawa manfaat. Mujurlah mereka tidak bergaduh kerana berebutkan Faekah. Kalau bergaduh berebutkan Faekah, memang parah..!!!

Berkaitan