Pertandingan Satu Lawan Satu Di Sg Limau - pakdin.my

calon-sg-limau

Pilihan raya kecil N20 Dewan Undangan Negeri Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Barisan Nasional dan PAS.

Ia diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Abdul Rashid Othman selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Penamaan calon yang diadakan di Dewan Datuk Madi, Yan dibuka tepat jam 9 pagi tadi.

Calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim tiba di pusat penamaan pada jam 9:04 minit pagi.

Beliau yang mengemukakan kertas pencalonan kepada Pengurus Pilihan Raya diiringi pencadang dan penyokongnya.

Dr Sohaimi 52 tahun, seorang Pensyarah Kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak.

Beliau adalah anak jati Sg Limau.

Calon PAS yang juga anak tempatan, Mohd Azam Samat pula tiba mengemukakan kertas pencalonannya satu minit kemudian.

Mohd Aazam berusia 37 tahun adalah Ketua Pemuda PAS Jerai.

DUN Sg Limau mempunyai 27,222 pengundi berdaftar.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari mengundi.

PRK DUN Sg Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.

UTAMAPertandingan Satu Lawan Satu Di Sg Limau

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium