25 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

Pertandingan Selfie Bulu Ketiak Tarik Perhatian Netizens

selfie-bulu-ketiak

Satu pertandingan secara dalam talian yang meminta wanita di China memuat naik gambar bulu ketiak mereka menimbulkan pelbagai persepsi dan perdebatan hangat mengenai kecantikan wanita.

Pertandingan melalui laman Weibo yang bermula pada pada 26 Mei lalu dan berakhir pada 26 Jun ini terbuka untuk wanita sahaja.

Walaupun menerima maklum balas yang kurang menggalakkan iaitu sekitar 40 penyertaan, hashtag #WomensArmpitHairCompetition itu bagaimanapun menarik minat lebih daripada 1.3 juta netizens yang mengemukakan pandangan masing-masing mengenai topik berkenaan.

Xiao Meili, aktivis hak asasi wanita yang melancarkan peraduan itu menegaskan dalam satu temu bual telefon dengan New York Times bahawa dia tidak menggalakkan wanita untuk membiarkan bulu tumbuh di ketiak mereka.

Namun beliau sebaliknya mahu masyarakat mengelak daripada membuat tafsiran sendiri bagi mereka yang memilih untuk tidak bercukur.

“Lelaki mempunyai lebih banyak kebebasan dari segi apa yang perlu dilakukan dengan tubuh mereka. Jadi kita tidak harus berfikir perempuan yang mempunyai bulu di ketiak adalah menjijikkan, tidak bersih atau tidak cukup feminin,” tambah beliau.

Xiao mendakwa amalan mencukur bulu ketiak adalah satu konsep yang agak baru di China kerana baru sahaja dipopularkan sekitar 1990an.

Berita Berkaitan

Gagal sekat kandungan sensitif, Thailand ambil tindakan terhadap Facebook dan Twitter

BANGKOK ― Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand memfailkan aduan kepada polis jenayah siber...

Rakan sekutu berbalah berhubung jawatan KM Sabah

KOTA KINABALU: Abdul Rahman Dahlan cuba menunjukkan ekspresi biasa pada Sabtu ketika pemimpin Perikatan...

Siti Sarah mohon maaf kepada masyarakat Orang Asli

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Orang Asli...

US study: Couples should wear mask while having sex amid Covid-19 pandemic, masturbation the safest option

As the world continues to adjust to the new normal amid the Covid-19 pandemic,...

Keputusan Sumareh ke Liga Thailand tepat

PENGHIJRAHAN Mohamadou Sumareh ke Liga Thailand dianggap tepat bagi memastikan dia terus meraih minit...

City sedia tawar Messi RM2.49 bilion

MANCHESTER City sudah bersedia menawarkan Lionel Messi £450 juta (RM2.49 bilion) untuk kontrak selama...

#PRNSabah: Warisan Tumbang

Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan