Tuesday, June 22, 2021
BERITADUNIAPertembungan terbaru meletus di perkarangan Masjid Al-Aqsa

Pertembungan terbaru meletus di perkarangan Masjid Al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Pertembungan terbaru meletus antara polis Israel dan rakyat Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa, selepas dua minggu pertempuran tercetus di kawasan keagamaan itu.

Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld, berkata rusuhan berlaku di kawasan perkarangan Masjid Al-Aqsa, iaitu tempat ketiga paling suci bagi umat Islam dan orang Yahudi yang menggelarnya sebagai Temple Mount.

“Ratusan orang melempar batu dan bom petrol ke arah anggota polis yang bertindak balas di tempat kejadian dan mula menyuraikan perusuh.

“Unit polis berada di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan

Wartawan AFP yang berada di perkarangan bandar lama Baitulmaqdis melaporkan pertempuran masih berlangsung.

Justeru, polis terpaksa melepaskan tembakan peluru getah dan menggunakan bom tangan pegun di tempat kejadian, menurut laporan wartawan AFP di lapangan.

Ketika hari pertembungan berlaku di Al-Aqsa pada bulan Ramadan, pejuang Hamas mendesak tentera Israel berundur mengosongkan perkarangan masjid itu pada jam 6 petang pada 10 Mei lalu.

Pejuang Hamas kemudiannya didakwa melancarkan serangan roket ke arah Baitulmaqdis.

Israel kemudiannya memulakan kempen serangan udara besar-besaran yang menyasarkan pejuang Hamas dan kumpulan lain di Gaza.

Hari ini, gencatan senjata diisytiharkan untuk mengakhiri pertempuran antara Israel dan Palestin di Gaza. – AFP

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here