30.4 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Pertemuan PAS Dan Gereja Dijadualkan Semalam Tangguh

Semua ini memang sudah boleh dijangka dari awal lagi. Selepas pertemuan PAS dengan JAIS dijadual, semalam (Isnin) dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor  kerana tidak mahu maklumat siasatan bocor, pertemuan dengan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) petang Selasa pula ditangguhkan.

Soalnya apa  ceritanya PAS nak sibuk-sibuk ‘ mencelah’ ditengah siasatan dakwaan isu  cuba murtadkan orang Islam sedangkan penjelasan mengenainya sudah diberi oleh Exco Agama Selangor yakni orang PAS sendiri.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibupejabat parti itu bahawa pertemuan dengan DUMC  telah ditangguhkan atas permintaan pihak gereja itu sendiri menerusi sepucuk surat Isnin.

“Sepatutnya hari ini ada pertemuan antara pimpinan PAS dengan Gereja Methodist Damansara Utama tapi semalam saya terima surat daripada pihak gereja menyatakan agar pertemuan itu ditangguhkan.

“Pertemuan itu ditangguhkan, sebab isu ini telah menjadi tumpuan orang dan ditafsirkan macam-macam, pihak gereja minta agar pertemuan itu ditangguhkan dulu dan tarikh baru akan ditentukan kemudian,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS pada Selasa..

Tambah Mustafa, disebabkan pertemuan dengan Gereja Methodist Damansara Utama tidak diadakan pihaknya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan mengenai apa yang berlaku.

Sebelum ini Jais juga memutuskan untuk tidak mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak termasuk PAS.

“Gereja akan maklumkan kepada PAS bila tarikh lain, hari ini tidak jadi.

“Kita mahu buat pertemuan ini untuk mendapatkan maklumat supaya kita boleh buat kesimpulan tapi oleh kerana tidak bertemu tiada kesimpulan,” kata Mustafa.

Menurutnya, satu tarikh lain yang sesuai akan dicari bagi pertemuan itu.

“Kita mahu buat pertemuan ini untuk mendapatkan maklumat supaya kita boleh buat kesimpulan tapi oleh kerana tidak bertemu tiada kesimpulan,” kata Mustafa.

 

 

Periksa Gereja: Sultan Titah JAIS Tidak Bertemu Dengan Sesiapa

Sultan-Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan Jabatan Agama Islam (JAIS) agar tidak mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak termasuk PAS berhubung pemeriksaan jabatan berkenaan terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, nasihat berkenaan dibuat bagi memastikan maklumat kes tersebut yang kini masih berada dalam siasatan…

Pemimpin Tertinggi PAS Akan Bertemu Wakil DUMC Selasa Ini

pas-hasanPemimpin tertinggi PAS akan mengadakan pertemuan dengan wakil Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) hari Selasa ini, demikian menurut Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali. Bagaimanpun, PAS masih belum mendapat tarikh pertemuan dengan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). “Pihak greha (?) telah bersetuju bertemu pada 16 Ogos. Pertemuan akan diadakan pada jam 4petang, tetapi

Berita Berkaitan

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan