Statistik Corona

Malaysia
2,209,194
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
2,005,939
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
177,560
Active
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Malaysia
25,695
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,209,403
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
4,027,548
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Indonesia
141,585
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Thailand

Thailand
1,581,415
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
1,448,206
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
Thailand
16,498
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Global

All countries
233,173,026
Confirmed
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
208,203,198
Recovered
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am
All countries
4,771,354
Deaths
Updated on September 28, 2021 10:10 10:10 am

Pertubuhan Kristian sokong Anwar, perlekeh PAS #PRKKajang

RANIGEREJA1
Ada pemimpin PAS sebelum ini rapat dengan pihak gereja

Sebuah blog dipercayai milik pertubuhan Kristian memperlekeh peranan PAS Selangor dengan menempelak parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai gagal menjaga kebajikan rakyat di negeri itu. 

Sebaliknya, mereka mengangkat cara kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan lebih liberal dan bebas berbanding parti Islam itu. 

Di posting blog Christian United For Malaysia, pihak terbabit juga menyatakan sokongan jitu kepada Anwar yang bertanding di DUN Kajang bagi menggantikan ADUN sebelum ini Lee Chin Cheh. 

Dalam masa yang sama, blog berkenaan turut mengecam PAS untuk tidak mengambil bahagian di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac ini ekoran kegagalan parti itu membela orang Kristian di Selangor. 

“Kami ingin mengingatkan pihak PAS bahawa PAS tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor. Kononya sebagai parti bumiputera terkuat di dalam Pakatan Rakyat, PAS harus sedar bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat Selangor,”

“Sebab itulah mereka gagal dalam usaha untuk memgang tampuk pemerintahan negeri tersebut. Jika mereka yang terkuat, maka kenapa tiada seorang pun diantara mereka yang memantau pergerakan JAIS semasa mereka menindas orang Kristian di Selangor?

“Amaran kepada PAS. Jika mereka menguji kekuatan kami, mereka akan GAGAL,” dipetik laporan blog terbabit. 

Pertubuhan ini jelas tidak senang dengan PAS yang kurang liberal berbanding Anwar yang mudah bertolak ansur bagi memenuhi segala kehendak mereka. 

Jika benar ini yang cuba diperjuangkan oleh Anwar, sejauh mana Anwar akan melakukan perkara yang sama dalam mempertahankan kesucian agama Islam di Selangor dan juga negeri-negeri lain yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat?. 

Adakah agama Islam akan terus terabai lebih-lebih lagi jika benar Anwar akan naik menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. 

Sedangkan, kalau dikira melalui perolehan kerusi di Selangor, sebenarnya PAS lebih layak memegang jawatan MB berbanding PKR. 

Kalau PAS jadi MB Selangor, adakah orang Kristian di Selangor akan terancam seperti yang didakwa mereka sedangkan kalau dilihat di kalangan PAS juga ada yang mempertahankan permintaan dan kehendak mereka terutamanya melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Antara ahli PAS Selangor yang lantang mempertahankan kehendak mereka ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Tak mungkin penganut Kristian di Selangor tidak sedar perkara itu.

Manakala bagi PAS dan beberapa pemimpin parti itu yang selama ini rapat dengan  pihak gereja, kenyataan terbaru ini tentu penghinaan buat parti itu.

PAS perlu minta penjelasan daripada pertubuhan terbabit atau melalui Anwar yang diagung-agungkan mereka.

Berkaitan