Pertuduhan terhadap Najib Najib tiada kaitan 1MDB, Equanimity - pakdin.my

Pertuduhan pengubahan wang haram terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah pada Rabu langsung tidak mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Berhad Development (1MDB).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) yang mewakili Najib, 65, berkata kesemua pertuduhan itu juga tiada kena-mengena dengan kapal mewah ‘Equanimity’ yang dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB.

“Kes ini bukan 1MDB, kes ini kes SRC (SRC International Sdn Bhd), ini (juga) tidak ada kena-mengena dengan bot yang besar yang tiba di Pelabuhan Klang.

“Secara kebetulan pertuduhan dibuat di mahkamah hari ini, orang ramai beranggapan mungkin ada kaitan dengan bot Equanimity dan 1MDB. Ia tidak ada kena-mengena langsung,” katanya kepada pemberita di lobi mahkamah selepas prosiding pendakwaan terhadap Najib selesai.

Sehubungan itu Muhammad Shafee berharap orang ramai tidak mengaitkan pertuduhan tambahan itu dengan kedua-dua perkara tersebut.

Pada Selasa, kapal mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre, Klang, di sini pada 12.35 tengah hari diiringi empat bot peronda Polis Marin.

Kapal itu dikatakan mula belayar dari kepulauan Batam, Indonesia sehari sebelumnya selepas dilaporkan diserahkan kepada pegawai kanan Polis Marin Malaysia di Batam.

Kapal mewah itu dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli menggunakan dana 1MDB dan pihak berkuasa antarabangsa masih memburu Jho Low yang dikatakan pemilik kapal tersebut. – Bernama

……..
https://pakdin.my/tag/1mdb
https://pakdin.my/tag/equanimity/

UTAMAEDITORIAL1MDBPertuduhan terhadap Najib Najib tiada kaitan 1MDB, Equanimity

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium