26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Perubahan Positif Pemikiran Ahli Umno Beri Petanda Baik Kepada BN

ALOR SETAR, 24 Sept  — Perubahan positif pemikiran pemimpin dan anggota Umno yang menerima baik transformasi dibawa Presiden Umno meyakinkan Barisan Nasional (BN) Kedah merampas kembali negeri ini dari pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang dijangka tidak lama lagi.

Pengerusi BN yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perubahan itu mengukuhkan perpaduan dalam parti yang menjadi punca utama BN tewas lima negeri pada pilihan raya 2008.

“Ia (perubahan) sedikit sebanyak berlaku atas kehendak rakyat dan dapat dilihat kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen BN Kedah di dewan serbaguna Kompleks Persekutuan di Anak Bukit, dekat sini, hari ini.

Ahmad Bashah yakin BN mampu memenangi sebahagian besar kerusi pada PRU-13 dengan syarat pemimpin dan semua anggota Umno terus menghayati aspirasi pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata isu tidak menyokong yang dipilih atau ‘tikam belakang’ calon yang ditonjolkan pada PRU-13 nanti diharapkan tidak berulang sekiranya semua anggota meletakkan semangat parti mengatasi kepentingan diri.

“BN akan letak calon-calon berpotensi menang sahaja termasuk tokoh-tokoh muda untuk bertanding dan calon yang tidak digemari rakyat tidak akan ditampilkan.

“Kita menyasarkan menang di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 15 Parlimen di Kedah. Biar orang kata gila, kita akan pastikan semua calon yang dipilih menang,” katanya.

Beliau menegaskan setiap anggota Umno dan anggota parti komponen BN mesti menerima calon pilihan pucuk pimpinan parti kerana PRU-13 adalah yang cyukup sengit dan getir serta bakal menentukan hidup atau mati BN.

“Sesiapa yang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan keputusan pucuk pimpinan adalah pengkhianat parti.

“Kita tahu pergolakan yang berlaku dalam pakatan rakyat. Jika keadaan sama berlaku dalam Umno, mampukah kedudukan kita dipulihkan,” soal Ahmad Bashah.

Beliau berkata semua perkara yang dibawa oleh pengerusi parti komponen BN yang diberi peluang berucap pada konvensyen hari ini akan dibincangkan pada peringkat lebih tinggi dan akan diambil tindakan.

“Konvesyen ini yang dihadiri lebih 1,000 wakil pemimpin akar umbi serta pengerusi setiap komponen BN diharap memberi impak kepada persiapan menghadapi PRU-13. Kita akan muhasabah diri dan sebarang kelemahan akan dikaji untuk dibetulkan,” katanya.

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan