Perwakilan India Pemuda DAP kecewa dipinggirkan - pakdin.my

dapsy-pemilihan-kebangsaan-rasis

“Ucapan dasar ketua Pemuda DAP ada 2 bahasa – bahasa kebangsaan dan bahasa Cina. Adakah ini bermakna perwakilan berketurunan India tidak diperlukan?

“Kalau guna bahasa Mandarin kena bahasa Tamil, ini common sense.”

Itu keluhan yang disuarakan Penolong Setiausaha Pemuda DAP, M Satees yang berkecil hati dengan parti itu (baru sedar tahap rasis dalam DAP) kerana meminggirkan bahasa Tamil sewaktu Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor.

“Saya diberitahu ada pengacara dalam 2 bahasa. Satu bahasa kebangsaan dan satu bahasa Mandarin. Selalunya kongres kebangsaan, pengacara ada 2 bahasa – kebangsaan dan Mandarin, kongres kita pengacara Pemuda DAP, kenapa tidak ada pengacara dalam bahasa Tamil?

“Kalau ada pengacara dalam bahasa Mandarin mengapa tak ada bahasa Tamil?,” soalnya sambil menyatakan kekecewaan bahawa pihaknya tidak menuntut sebarang keistimewaan dan layanan khas.

Menurutnya, kaum India dalam DAP seperti dilupakan parti walaupun memberikan sokongan yang padu sejak tahun 2008.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh dengan 249 undi terpilih sebagai ketua Pemuda DAP menewaskan lawannya, Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin yang mendapat 156 undi.

Timbalan ketua Pemuda DAP pula dimenangi Wong King Wei manakala jawatan Setiausaha Pemuda DAP, dimenangi Lew Chee Kwan.

Pemilihan jawatankuasa Pemuda diadakan di Kongres Kebangsaan Pemuda DAP 2015 di Serdang, Selangor Ahad.

dapsy-pemilihan-kebangsaan-cai

UTAMAPOLITIKPerwakilan India Pemuda DAP kecewa dipinggirkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium