32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 26, 2020

PERWAKILAN MENITISKAN AIR MATA MENGAMINKAN DOA PRESIDEN UMNO

LEBIH dari 2,000 para perwakilan Umno dalam Dewan Merdeka dan beribu-ribu lagi pemerhati di luar dewan nyata tersentuh dengan doa yang dibacakan Presiden UMNO pada ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno 2016.

Doa yang dibacakan sendiri oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa ucapannya benar-benar menyentuh hati dan jiwa para ahli Umno.

Rata-rata para perwakilan yang mengaminkan doa tersebut dilihat menitiskan air mata perjuangan mereka tatkala Najib Razak memimpin bacaan doa.

Intipati doa yang dibacakan Presiden Umno adalah seperti berikut ;

“BismillahirRahmanirRahim, Ya Allah kau selamatkanlah dan berkatilah

bangsa bertuah ini, parti yang berkeramat ini,
dan negara yang tercinta ini.

Ya Rabbi, Kerana di sinilah kami lahir, tumpah dan menitiknya darah kami, di sinilah kami dibesarkan, di tanah dan perwilayahan ini kami berjuang serta di persempadanan ini juga kami akan disemadikan satu hari kelak.

Oleh itu, sesungguhnya Ya Tuhan kami, jika kau yang tidak memberi pertolongan, taufik dan hidayah, maka, pada siapalah lagi dapat kami bergantung dan meletakkan urusan hidup
serta mati kami juga anak cucu kami.

Janganlah diKau Ya Ilahi Rabbi, biarkan, tanahair ini, nasib bangsa ini, jatuh ke tangan pengkhianat dan pendurjana.

Duhai Sang Yang Maha Berkuasa, Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang, Kau berilah kesentosaan
kepada Bangsa Melayu, Parti UMNO dan Rakyat
sekalian serta datangkanlah bahagia pada tanahair ini.

Sesungguhnya, Ya Tuhan Yang Maha Agung, kami
berjanji akan berjuang bermati-matian hingga
ke titisan darah yang terakhir, biarpun nyawa
kami ditukar ganti. Amin Allahumma Amin!”

Apa yang lebih penting adalah, para perwakilan dilihat menjiwai intipati ucapan dan doa yang dibacakan Dato Seri Najib Razak.

Oleh yang demikian, sama-sama kita berharap agar doa yang dibacakan dan diaminkan dengan penuh khusyuk itu akan diterima Allah SWT, sekali gus memperoleh keberkatan dariNya

20161201-ucapan-dasar-presiden-umno-najib-razak-2

Berita Berkaitan

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan