Pesara Kerajaan Mampu Bantu BN Menang Pilihan Raya - pakdin.my

KUALA TERENGGANU — Pesara kerajaan boleh membantu Barisan Nasional (BN) terus memerintah Terengganu dan berkuasa di negeri-negeri lain serta di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum nanti, kata Presiden Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat.

Sebagai contoh, katanya, jika semua pesara kerajaan di Terengganu mengundi calon BN pada pilihan raya umum nanti, BN mampu mencapai kemenangan cemerlang.

“Berdasarkan senarai angka pesara kerajaan yang diperoleh kelab ini, kami membuat kesimpulan, jika semua pesara kerajaan undi calon BN, maka kita boleh menang semua kerusi di Terengganu, termasuk yang sebelum ini dimenangi oleh pembangkang,” katanya pada Majlis Silaturahim Menteri Besar Bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Kediaman Menteri Besar di sini.

Aseh berkata golongan pesara perlu sedar bahawa kerajaan BN begitu banyak berjasa kepada mereka semasa mereka menjadi penjawat awam termasuk dalam soal menjaga kebajikan.

“Inilah masa terbaik untuk pesara membalas jasa kerajaan,” katanya.

UTAMABERITAPesara Kerajaan Mampu Bantu BN Menang Pilihan Raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium