Pesawat Awam Sukhoi Superjet 100 Dengan 50 Penumpang Hilang Di Bogor - pakdin.my

Sebuah pesawat awam jenis Sukhoi Superjet 100 yang membawa 50 penumpang, termasuk beberapa wartawan, terputus hubungan dengan menara kawalan udara ketika terbang di atas kawasan Gunung Salak, di Daerah Bogor dan Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia pada Rabu petang.

JAKARTA: Sebuah pesawat awam jenis Sukhoi Superjet 100 yang membawa 50 penumpang, termasuk beberapa wartawan, terputus hubungan dengan menara kawalan udara ketika terbang di atas kawasan Gunung Salak, di Daerah Bogor dan Sukabumi di Jawa Barat, pada Rabu petang.

Sehingga kini, nasib pesawat itu serta penumpangnya belum diketahui. Peristiwa itu berlaku pada kira-kira 3.50 petang ketika pesawat tersebut melakukan penerbangan demonstrasi.

Ia berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma di sini pada 2 petang.

Atase akhbar Kedutaan Besar Rusia di Jakarta Dmitry Solodov berkata petugas kedutaan itu sedang menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mencari pesawat tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Penerangan Ibu Pejabat Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara (AU) Marshal Pertama Azman Yunus berkata pencarian pesawat tersebut dilaksanakan Badan SAR Nasional (Basarnas).

“TNI AU tidak terlibat secara langsung untuk melakukan pencarian pesawat milik Rusia itu, yang merupakan pesawat awam,” katanya.

Pesawat Sukhoi Superjet 100 itu berada di Indonesia untuk penerbangan demonstrasi dan ditawarkan untuk jualan kepada syarikat penerbangan di Indonesia.

Pesawat itu terputus hubungan ketika berada pada ketinggian 6,000 kaki.

UTAMABERITAPesawat Awam Sukhoi Superjet 100 Dengan 50 Penumpang Hilang Di Bogor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium