PESAWAT BAWA PASUKAN BOLASEPAK DARI BRAZIL TERHEMPAS: ANGKA KEMATIAN CECAH 76 ORANG - pakdin.my

PASUKAN bola sepak Chapecoense dari Brazil berada di dalam pesawat yang membawa 81 penumpang yang terhempas di Colombia pada Selasa.

Polis mengesahkan 76 maut dalam nahas itu.

Pasukan Chapecoense, sebuah kelab terkemuka di Brazil menaiki pesawat itu untuk menentang kelab Colombia, Atletico Nacional dalam aksi pertama perlawanan akhir Copa Sudamerica pada Rabu.

“Enam penumpang yang berjaya diselamatkan hidup tetapi malangnya seorang telah meninggal dunia. Penumpang lain turut maut dalam insiden itu. Angka kematian mencecah 76 mangsa,” kata Komander Polis Jose Gerardo Acevedo.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan berkata mereka tidak akan membuat kenyataan rasmi sehingga lebih banyak maklumat daripada pihak berkuasa Colombia diperolehi berhubung insiden berkenaan.

Media Brazil melaporkan tiga pemain antara mereka yang terselamat.

Pesawat tersebut membawa 72 penumpang dan sembilan anak kapal ketika ia terhempas kira-kira pukul 10.15 malam Isnin.

Hujan lebat menyukarkan operasi mencari dan menyelamat.

Persatuan Media Brazil melaporkan 21 wartawan berada di dalam pesawat itu.

Saluran TV Brazil, Globonews dan SporTV mengenal pasti mangsa yang terselamat sebagai pemain pertahanan Alan Ruschel, penjaga gol Danilo dan penjaga gol simpanan Jakson Follmann.

Ia adalah kali pertama kelab itu yang dianggap sebagai pasukan underdog mara ke aksi final kejuaraan tersebut.

———-

Pesawat Bawa Pasukan Kelab Brazil Terhempas

BOGOTA: Pihak berkuasa Colombia mengesahkan pesawat yang membawa pasukan bola sepak tempatan Brazil, Chapecoense terhempas ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Medellin.

Menurut kenyataan pihak lapangan terbang itu, pesawat yang membawa 27 penumpang termasuk seorang pemain skuad kebangsaan Brazil dan sembilan anak kapal itu berlepas dari Bolivia menuju ke Medellin.

Nasib kesemua penumpang masih belum diketahui tetapi media tempatan melaporkan pesawat jenis British Aerospace 146 itu membawa pemain pasukan Chapecoense dari Brazil untuk menentang kelab Colombia Atletico Nacional dalam perlawanan akhir Copa Sudamerica pada Rabu.

Beberapa laporan mendakwa seramai enam orang terselamat dalam nahas itu yang dipercayai berpunca akibat masalah berkaitan elektrik.

Pasukan Chapecoense yang berasal dari bandar Chapeco, selatan Brazil, menyertai Divisyen Satu sejak 2014 dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan kelab Argentina, San Lorenzo.

Kejohanan Copa Sudamerica merupakan pertandingan kedua paling penting di benua Amerika Selatan dan perlawanan akhir tersebut ditangguhkan ekoran nahas itu.

Operasi menyelamat terpaksa digerakkan menggunakan jalan darat ekoran cuaca buruk.

Bagaimanapun tiada kebakaran dikesan selepas pesawat itu terhempas, sekali gus meningkatkan harapan bahawa lebih ramai mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

20161129-20161129-chapecoense-tragedi-3

20161129-20161129-chapecoense-tragedi-2

20161129-chapecoense-tragedi-1

UTAMADUNIAPESAWAT BAWA PASUKAN BOLASEPAK DARI BRAZIL TERHEMPAS: ANGKA KEMATIAN CECAH 76...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium