Pesawat C-130 TUDM mendarat cemas di Kuching

Gambar File

Gambar File

KUCHING: Sebuah pesawat pengangkut Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini, kira-kira jam 8.40 malam tadi.

Sumber memberitahu BH, pesawat terbabit dalam penerbangan rutin dari Kota Kinabalu ke Pangkalan TUDM Subang membawa 94 penumpang dan anak kapal, sebelum juruterbang mengesan berlaku gangguan teknikal pada sistem pesawat.

Berikutan itu, juruterbang membuat keputusan untuk melencongkan pesawat berkenaan ke landasan berhampiran iaitu LTAK sebagai langkah keselamatan.

“Berikutan itu, empat jentera bomba LTAK bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Tabuan Jaya dan sebuah lori tangki bomba dengan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pesawat berkenaan berjaya melakukan pendaratan dengan lancar,” katanya.

Difahamkan, kawasan landasan LTAK terpaksa ditutup sementara sebagai langkah keselamatan, selain menepati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Comment (1)

  1. Riko Adryansyah Mar 4, 2016 @ 3:36

Leave a Reply