Pesawat Garuda Indonesia tergelincir dari landasan - pakdin.my

garuda-tersasar-makasar 2

Makassar: Seramai 144 penumpang dan lapan anak kapal terselamat apabila sebuah pesawat milik Garuda Indonesia tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Bandara Sultan Hasanuddin, Makasar, Indonesia 2.40 petang tadi.

Pesawat jenis Boeing 737-800 dengan kod penerbangan GA618 dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta dilaporkan cuba mendarat di lapangan terbang terbabit dalam keadaan hujan lebat.garuda-tersasar-makasar 3

Garuda dalam satu kenyataan berkata, pesawat terbabit membawa 152 penumpang termasuk lapan anak kapal berlepas dari Jakarta pada 11 pagi waktu tempatan.

garuda-tersasar-makasar 4

“Pesawat dipandu kapten Nikodemus Elim dan pembantu juruterbang Ida Fiqrah dilaporkan tergelincir satu meter dari landasan.

“Berikutan kejadian itu, landasan 13/31 ditutup bagi membolehkan pasukan keselamatan menyiasat punca sebenar kejadian. Semua penumpang dan anak kapal selamat keluar dari pesawat melalui tangga di pintu kecemasan,” kata kenyataan itu.

UTAMADUNIAPesawat Garuda Indonesia tergelincir dari landasan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium