32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Pesawat Ke India Kecoh, Telefon Bimbit Samsung Berasap

20160924-note-2-berasap-indigo-airlines

SINGAPURA: Penumpang dan kru pesawat dalam penerbangan ke India cemas seketika apabila sebuah telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Note 2 tiba-tiba berasap.

Dailymail melaporkan, telefon tersebut dibawa seorang penumpang ke dalam penerbangan IndiGo 6E-054 pada Jumaat.


Ketika kejadian, anak kapal mengambil telefon terbabit yang diletakkan di bahagian bagasi atas kepala dan menembak pemadam api ke arahnya.

“Beberapa penumpang yang menaiki pesawat 6E-054 dari Singapura ke Chennai terhidu bau asap dari ruang kabin dan segera memaklumkan kepada kakitangan kabin.


“Kru kabin mendapati asap itu datangnya dari telefon Samsung Note 2 yang diletakkan di dalam bagasi salah seorang penumpang yang disimpan di bahagian menyimpan barang,” menurut kenyataan syarikat penerbangan itu yang mengesahkan kejadian berkenaan.

Telefon tersebut kemudian direndam di dalam air, menurut kenyataan IndiGo.


Sementara itu, pihak Samsung menyedari kejadian tersebut dan berjanji akan menyiasat kejadian berkenaan dengan pihak berkuasa tempatan.

Sebelum ini, pihak Samsung memanggil sejuta unit Galaxy Note 7 selepas terdapat insiden berkenaan telefon bimbit berkenaan terutamanya bateri panas melampau.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan