27 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Pesawat #MH370 Terbang Lebih Laju Dari Andaian Awal Sebelum Terjunam Ke Laut

Sebuah skrin navigasi yang digunakan oleh juruterbang yang menerbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF)r Force AP-3C Orion menunjukkan lokasi semasa yang diwakili bulatan putih semasa misi pencarian mereka untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.
Sebuah skrin navigasi yang digunakan oleh juruterbang yang menerbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF)r Force AP-3C Orion menunjukkan lokasi semasa yang diwakili bulatan putih semasa misi pencarian mereka untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi.

Beberapa pesawat dan kapal bergegas ke kawasan pencarian baru pada Jumaat selepas mendapat “petunjuk boleh dipercayai” bahawa pesawat Malaysia Airlines MH370 terbang lebih laju dari andaian awal sebelum ia terjunam ke Lautan Hindi.

Sepuluh pesawat dari enam negara iaitu Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), mengalihkan lokasi pencarian mereka ke satu kawasan baru 1,100 kilometer (685 baru) timur laut dari kawasan operasi mencari yang dilakukan sebelum ini selama seminggu, di barat Australia.

Lima kapal China dan sebuah kapal tentera laut turut berlayar ke zon baharu selepas cuaca kembali pulih apabila pencarian pada Khamis ditangguhkan berikutan ribut petir dan angin kuat, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

“Maklumat baharu itu berdasarkan analisis yang berterusan dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum radar terputus hubungan,” kata Amsa.

“Ia menunjukkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju dari yang dianggarkan sebelum ini, yang menandakan terdapat peningkatan dalam penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat itu terbang ke selatan sehingga ke Lautan Hindi.”

Ia diikuti Thailand pada Khamis melaporkan satu imej satelit menunjukkan ratusan objek terapung.

Jepun turut mengumumkan analisis satelitnya menunjukkan kira-kira 10 objek terapung walaupun tidak dipastikan sekiranya kesemua objek itu berada dalam tumpuan zon kawasan pencarian baharu.

Imej satelit Thailand dan Jepun diperoleh selepas data satelit dari Australia, China dan Perancis yang turut menunjukkan objek terapung berkemungkinan mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, tetapi tiada pengesahan menerusi pencarian besar-besaran itu.

Misteri kehilangan MH370 menggunakan pesawat Boeing 777 itu ketika dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu, yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal.

“Ini merupakan petunjuk baharu boleh dipercayai, dan ia akan disiasat secara terperinci pada hari ini (Jumaat),” kata Perdana Menteri Australia, Tony Abott.

“Seperti mana yang saya katakan dari awal, kita akan mengikut setiap petunjuk boleh dipercayai dan terus memaklumkan kepada umum setiap perkembangan baharu yang penting. Itulah yang kita sedang lakukan,” tambahnya.

Nasihat terbaharu itu daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menetapkan “bahawa ia merupakan petunjuk paling boleh dipercayai terhadap lokasi berkemungkinan serpihan pesawat akan ditemui”.

Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 ke barat Perth.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...