Statistik Corona

Malaysia
2,049,750
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
1,800,278
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
227,117
Active
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Malaysia
22,355
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Thailand

Thailand
1,448,792
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Thailand
1,304,247
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
Thailand
15,124
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Global

All countries
228,120,055
Confirmed
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
All countries
203,059,703
Recovered
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm
All countries
4,688,325
Deaths
Updated on September 17, 2021 18:53 6:53 pm

Pesawat pejuang Ukraine terbang hampir #MH17 sebelum terhempas – Moscow

wpid-mh17-su25-ukraine.jpg

MOSCOW: Russia hari ini menyatakan rekod penerbangannya menunjukkan sebuah pesawat pejuang Ukraine terbang hampir dengan pesawat Malaysia Airlines MH17 sejurus sebelum ia terhempas dan Kiev pada masa itu mengendalikan stesen radar untuk sistem peluru berpandu.

Moscow juga menafikan ia membekalkan pemisah Ukraine sistem peluru berpandu atau senjata lain ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia dengan 298 penumpang dan anak kapal itu.

Berbekalkan beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkan kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas di sini.

Left Jen Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.

Katanya, pesawat Malaysia itu “tersasar dari laluannya ke utara…Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer”.

“Peningkatan ketinggian direkodkan bagi pesawat tentera Ukrain. Jaraknya dari Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometer.

“Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada masa sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini,” katanya.

Kartopolov juga berkata, Kementerian Pertahanan Russia mengesan aktiviti luar biasa stesen radar yang digunakan untuk mengendalikan sistem peluru berpandu pada hari tragedi itu.

“Dari 17 Julai (Khamis) tahap operasi stesen radar Ukraine meningkat kepada maksimum,” katanya.

Kartopolov berkata, tujuh stesen radar beroperasi hampir dengan kawasan tragedi pada Selasa, lapan pada Rabu dan sembilan pada hari nahas iaitu Khamis.

Sambil merujuk data, beliau berkata selepas nahas itu, hanya empat stesen radar beroperasi pada Jumaat dan hanya dua pada Sabtu.

Kartopolov juga menegaskan Russia tidak membekalkan puak pemisah Ukraine dengan sistem peluru berpandu Buk atau senjata lain.

Berkaitan