28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

Pesawat ringan terhempas di padang Golf Palm Villa dekat Senai

pesawat-ringan-terhempas-palmvilla-kulai

Seorang juruterbang pelatih rakyat Singapura cedera selepas pesawat ringan yang dipandunya dipercayai terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di Kelab Golf IOI Palm Villa, dekat Senai, Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Ramli Hassan berkata kejadian melibatkan pesawat jenis Piper Warrior PA-28 itu berlaku kira-kira 1 tengah hari, kira-kira dua kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini.

“Kejadian menyebabkan juruterbang pelatih lelaki itu mengalami cedera ringan di kepala dan dia kemudian dihantar ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk rawatan,” katanya yang dihubungi di sini Jumaat.

Ramli berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu dan siasatan dilakukan pihak berkenaan.

Sementara itu, seorang buruh binaan, Zainudin Sahawi, 45, berkata dia ternampak pesawat berkenaan terbang rendah sebelum mendarat cemas di kelab golf tersebut.

“Bunyi dentumannya sangat kuat sehinggakan saya terkejut. Saya kemudian melihat juruterbang pelatih itu keluar dari pesawat berkenaan dalam keadaan berdarah,” katanya yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian rumah berhampiran lokasi kejadian.

Zainudin berkata dia menghulurkan kertas tisu kepada juruterbang pelatih itu dan membawanya berteduh di tepi rumah berkenaan berikutan hujan.

Katanya juruterbang itu dilihat ada membuat panggilan telefon bagi memaklumkan kejadian berkenaan sebelum sepasukan polis tiba di situ tidak lama kemudian.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.