Pesawat Ringan Terhempas Di Pulau Pangkor, Empat Mangsa Terselamat - pakdin.my

pesawat-ringan-terhempas-pangkor

Sebuah pesawat ringan dipercayai jenis Piper PA-32 yang membawa empat penumpang termasuk seorang wanita terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor, Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor Hisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari tadi.

Beliau berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk menerima rawatan lanjut.

“Status kecederaan mereka masih dalam siasatan. Pesawat yang dinaiki mangsa adalah pesawat persendirian,” katanya ketika dihubungi Ahad.

UTAMABERITAPesawat Ringan Terhempas Di Pulau Pangkor, Empat Mangsa Terselamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium