Pesawat ringan terhempas, juruterbang maut - pakdin.my

pesawat ringan jenis Cessna
Anggota Polis melakukan penyiasatan di bangkai peasawat ringan
jenis Cessna yang terhempas di kebun kelapa sawit di Kampung
Parit Puasa, Ayer Baloi di sini hari ini. Kemalangan
Pesawat ringan terhempas, juruterbang maut
Mayat juruterbang diusung untuk dibawa ke Hospital Pontian.
Pesawat ringan terhempas, juruterbang maut
Anggota bomba dan Penyelamat Pontian sedang mengeluarkan
mayat juruterbang pesawat ringan.

PONTIAN – Seorang juruterbang warga Singapura maut apabila pesawat ringan jenis Cessna yang dipandunya terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Parit Puasa, Kampung Dalam, Ayer Baloi, di sini, kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Pemangku  Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Tan Moh Chuan berkata, pihaknya menerima laporan daripada  orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 2.10 petang.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Samuel Ling Shi Min, 25, seorang ahli Kelab Penerbangan Fras yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai.

“Shi Min dipercayai telah berlepas dari lapangan terbang tersebut pada jam 12.30 tengah hari tadi untuk melakukan penerbangan latihan sebelum pesawatnya terhempas di kawasan kebun kelapa sawit itu, yang terletak kira-kira sepuluh kilometer dari bandar Pontian.

“Berikutan itu, kami telah menghantar anggota ke tempat kejadian yang turut disertai pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian,” katanya kepada Sinar Harian.

Moh Chuan berkata, pihaknya juga akan menyerahkan kes ini kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk siasatan dan tindakan lanjut kerana mereka mempunyai kepakaran berkaitan nahas udara.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat.

Sementara itu, dua jentera bomba bersama sebelas anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian dengan diketuai Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Pontian, Hamid Awaluddin bagi membantu mengeluarkan mangsa.

“Saya sedang menyapu sampah dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan terlihat pesawat itu berpusing-pusing sebelum jatuh ke dalam kebun,” kata Mohd Shafian Buang, 15, yang merupakan salah seorang saksi kejadian.

Menurut Mohd Shafian, kebun kelapa sawit itu terletak kira-kira 100 meter dari depan rumahnya.

“Saya terus memanggil kakak dan bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah kami di Parit Haji Ali,” katanya.

UTAMABERITAPesawat ringan terhempas, juruterbang maut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium