MANILA: Sebuah pesawat komersial dari Arab Saudi telah diasingkan sepenuhnya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini petang Selasa.
Dalam satu kenyataan, Penguatkuasa Lapangan terbang Antarabangsa Manila (Miaa) berkata pihaknya menerima maklumat daripada Menara Kawalan Manila bahawa penerbangan Saudia SVA 872 dari Jeddah berada ‘di bawah ancaman’ pada jarak 20 batu sebelum mendarat.
Pesawat itu membawa jemaah haji yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah. Penumpang sepatutnya mendarat pada pukul 1.00 tengahari waktu tempatan.
Miaa berkata pihaknya masih membuat pengesahan laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, sambil menambah ia telah diasingkan untuk protokol keselamatan.
Menurut Miaa, pihak berkuasa menjalankan prosedur operasi standard selaras dengan pelan kecemasan lapangan terbang.
Situasi di kawasan itu masih tidak jelas. Kakitangan pihak berkuasa Kumpulan Keselamatan Penerbangan Nasional Filipina dan eksekutif syarikat penerbangan berada di lokasi.
Pesawat Saudi Airlines Diasingkan Di Lapangan Terbang Manila Akibat Kesilapan Isyarat Kecemasan Rampasan https://t.co/k9T9yCfwHt
Pesawat Saudi Airlines Diasingkan Di Lapangan Terbang Manila Akibat Kesilapan Isyarat Kecemasan Rampasan https://t.co/43LXtSzuqN
Pesawat Saudi Airlines Diasingkan Di Lapangan Terbang Manila Akibat Kesilapan Isyarat Kecemasan Ra… https://t.co/BcgkuVh3ZZ
Pesawat Saudi Airlines Diasingkan Di Lapangan Terbang Manila Akibat Kesilapan Isyarat Kecemasan Rampasan: MAN… https://t.co/jfuyh9dYUS
Azmi Haron liked this on Facebook.
Orgkaya Setia Tunggak Alam liked this on Facebook.
Marlina Adline liked this on Facebook.
Dzul Bentong liked this on Facebook.
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.