Pesawat Saudi Airlines Diasingkan Di Lapangan Terbang Manila Akibat Kesilapan Isyarat Kecemasan Rampasan - pakdin.my

2010920-saudi-airlines-manila

MANILA: Sebuah pesawat komersial dari Arab Saudi telah diasingkan sepenuhnya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini petang Selasa.

Dalam satu kenyataan, Penguatkuasa Lapangan terbang Antarabangsa Manila (Miaa) berkata pihaknya menerima maklumat daripada Menara Kawalan Manila bahawa penerbangan Saudia SVA 872 dari Jeddah berada ‘di bawah ancaman’ pada jarak 20 batu sebelum mendarat.

Pesawat itu membawa jemaah haji yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah. Penumpang sepatutnya mendarat pada pukul 1.00 tengahari waktu tempatan.

Miaa berkata pihaknya masih membuat pengesahan laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, sambil menambah ia telah diasingkan untuk protokol keselamatan.

Menurut Miaa, pihak berkuasa menjalankan prosedur operasi standard selaras dengan pelan kecemasan lapangan terbang.

Situasi di kawasan itu masih tidak jelas. Kakitangan pihak berkuasa Kumpulan Keselamatan Penerbangan Nasional Filipina dan eksekutif syarikat penerbangan berada di lokasi.

UTAMADUNIAPesawat Saudi Airlines Diasingkan Di Lapangan Terbang Manila Akibat Kesilapan Isyarat Kecemasan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium