Peserta larian Rasa – Lembah Beringin warga Belgium disyaki hilang - pakdin.my

20160918-thomas-cools-hilang-rasa-lembah-beringin

KUALA KUBU BHARU:Seorang warga Belgium disyaki hilang ketika menyertai Cabaran Hash Antarabangsa dalam kejadian di ladang getah di Kuala Kubu Bharu, dekat sini semalam.

Mangsa, Thomas Cools, 34, dikesan hilang selepas tidak muncul di garisan penamat dalam acara larian yang bermula di ladang getah di Rasa dan berakhir berhampiran sebuah sekolah rendah di Lembah Beringin dekat sini.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor, mangsa adalah salah seorang daripada 88 peserta larian tersebut yang melibatkan beberapa ‘checkpoint’ iaitu di Rasa, Kuala Kubu Bharu dan Kerling serta sepatutnya menamatkan cabaran kira-kira pukul 7.30 malam.

“Kehilangan mangsa disedari pihak penganjur dan rakan-rakan peserta selepas cabaran itu tamat dan telah menghubungi pihak bomba untuk tindakan lanjut.

“Tindakan operasi dan usaha mencari serta menyelamat mangsa telah dijalankan di tempat terakhir mangsa dilihat namun belum berhasil,” katanya di sini hari ini.

UTAMAPOLITIKPeserta larian Rasa - Lembah Beringin warga Belgium disyaki hilang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium