27 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 5, 2020

Pesta Hari Jadi Liar: 88 Ditahan Dalam Keadaan Mabuk Dan Khayal Di Inap Desa

88-ditahan-pesta-harijadi-liar-pulau-pinang

GEORGE TOWN: Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal pagi Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ismail Idris berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.

“Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

88-ditahan-pesta-harijadi-liar-pulau-pinang-2


“Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak,” katanya pada sidang akhbar, di sini Ahad.

Ismail berkata, kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah.

Ismail berkata, polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

“Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan,” katanya.

 

 

Bunyi bising yang berlarutan sehingga awal pagi di sebuah banglo inap desa di Jalan Masjid Negeri, George Town Pulau Pinang, membongkar rahsia sekumpulan muda-mudi.

Mereka rupa-rupanya asyik berpesta dadah dan arak.

Ketika diserbu polis, mereka dalam keadaan khayal serta mabuk.

88 orang ditahan, 16 daripadanya pelajar sekolah.

Serbuan jam 2.45 pagi tadi hasil maklumat orang awam.

88 yang ditahan berusia antara 16 dan 35 tahun.


Hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Menurut polis, ketika diserbu seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, namun suasananya mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat.

Pelbagai botol arak turut ditemui.

Beberapa lelaki turut cuba melarikan diri, tetapi dapat ditahan kerana kawasan banglo telah dikepong.

Berita Berkaitan

Pengguna media sosial diminta lapor akaun palsu

Orang ramai diminta berwaspada dan mengambil tindakan terhadap kewujudan akaun palsu yang berleluasa di...

Dr Mahathir sedia jadi saksi kes saman Mohamed Azmin

Tak perlulah Dey.... orang dah tahu niat sebenar untuk mendapatkan semula pengaruh dan sokongan...

10 pengundi Gombak saman Azmin Ali

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Datuk Seri Mohamed...

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...