Pesuruhjaya Tinggi Singapura Dipanggil Ke Wisma Putra Berhubung Penyertaan Diplomat Dalam Bersih 3.0 - pakdin.my

Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra Jumaat berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan Jumaat berkata beliau telah memanggil Ong ke pejabatnya petang ini untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu.

Beliau berkata kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.

“Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini,” katanya.

Dalam pertemuannya dengan Ong itu, Anifah berkata beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.

Singapura Kurang Ajar

UTAMABERITAPesuruhjaya Tinggi Singapura Dipanggil Ke Wisma Putra Berhubung Penyertaan Diplomat Dalam Bersih...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium