Petisyen solidariti untuk Dr Zakir dapat sambutan

Satu petisyen untuk rakyat Malaysia menunjukkan solidariti terhadap penceramah bebas antarabangsa, Dr. Zakir Naik dilancarkan semalam.

Dalam tempoh 24 jam sehingga jam 11.30 pagi ini petisyen itu dipaparkan kepada umum telah mengumpul lebih 141,000 tandatangan sebagai tanda sokongan.

Petisyen yang dipercayai dilancarkan sebuah sayap parti Pas di Kedah itu memaklumkan tujuannya adalah memastikan kerajaan Malaysia menjamin keselamatan dan mengekalkan status Penduduk Tetap (PR) kepada Zakir.

“Maka petisyen ini mendesak dan mengharapkan agar kerajaan Malaysia memberikan perlindungan sepenuhnya kepada Dr. Zakir Naik, di samping menjamin keselamatannya,” kata kenyataan dalam petisyen itu.

Menurut kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia bersifat penyayang dan bertoleransi dan kepelbagaian kaum serta agama selama ini membuktikan mereka boleh hidup secara harmoni.

“Kita menilai seseorang dengan ilmu dan hujah benar, bukan dengan prejudis serta melemparkan tuduhan melulu.

“Kedatangan Dr. Zakir Naik ke Malaysia membawa banyak kebaikan melalui kepakaran ilmu beliau, bersikap matang dalam membuat ucapan dan berusaha keras membantu umat Islam memahami agama mereka serta menyampaikan mesej Islam secara harmoni dan tuntas.

“Namun, apa yang berlaku hari ini adalah hasil prejudis dan sikap melampau sesetengah pihak terhadapnya sehingga beliau terpaksa mengharungi detik kesusahan dan tidak lagi dibenarkan menyampaikan dakwah yang baik,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette

Beramai-ramai menandatangani petitisyen disini:
https://www.change.org/p/government-malaysia-solidariti-untuk-dr-zakir-naik

1 komen

Comments are closed.