PETRONAS Rakan Kongsi Sejati Turkmenistan - pakdin.my

 

Malaysia memberi jaminan kepada Turkmenistan bahawa syarikat petroleum negara, PETRONAS berniat untuk menjadi rakan kongsi sejati negara itu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, PETRONAS ingin menjadi syarikat korporat yang baik dan memberikan kerjasama rapat di Turkmenistan.

Hasrat itu dinyatakan Datuk Seri Mohd Najib ketika mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov.

Malaysia menerusi PETRONAS menawarkan peluang kepada pelajar Turkmenistan untuk belajar di Universiti Teknologi Petronas selain kursus teknikal menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Bagi mengukuhkan hubungan kedua-dua negara, Malaysia katanya, akan mewujudkan pejabat perwakilan di Ashgabat, sebelum akhir tahun ini.

Menyentuh mengenai perbincangan beliau dan Presiden Berdimuhamedov, Datuk Seri Najib berpuas hati dan yakin bahawa hubungan dua hala Malaysia-Turkmenistan akan dapat diperkukuhkan.

Sementara itu, Presiden berdimuhamedov mencadangkan sidang sains dan kebudayaan kedua negara diadakan di Ashgabat tahun depan.

Perdana Menteri kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman antara kedua-dua negara, antaranya memorandum kerjasama antara Dewan Perniagaan Turkmenistan dan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia serta perjanjian penjualan gas antara PETRONAS dan pihak berkuasa pengurusan dan penggunaan sumber hidrokarbon Turkmenistan.

Turut ditandatangani ialah memorandum antara Malaysia dan Turkmenistan mengenai kerjasama di bidang minyak dan gas serta isu-isu hal ehwal luar negara.

Petang tadi, sebelum berlepas untuk lawatan rasmi ke United Kingdom, Perdana Menteri dan Presiden Berdimuhamedov merasmikan terminal gas PETRONAS di Kiyanli, Turkmenbasy.

UTAMABERITAPETRONAS Rakan Kongsi Sejati Turkmenistan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium