Peugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia? - pakdin.my

Kalau ada sahaja pelaburan luar yang masuk Malaysia, maka pembangkang akan kata Malaysia sudah kena jajah dan tergadi. Itulah logik mereka terhadap projek ECRL dan juga pembelian saham Geely terhadap Proton.

Bermacam macam tuduhan dibuat oleh Mahathir dan pembangkang bila Geely membeli saham Proton. Namun pembelian itu tidak menjejaskan sedikit pun kedaulatan Malaysia ini. Hanya propaganda pembangkang semata mata.

Baca pautan ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1783124745041328&id=697192853634528

Kali ini, Malaysia menjadi tumpuan lagi. Kali ini syarikat Naza Corporation Holdings (Naza Group) akan bekerjasama dengan Groupe PSA dari Perancis di kilang Naza Automative Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah. Perkongsian itu adalah bagi membantu membangunkan industri automotif yang dinamik di Malaysia.

Groupe PSA adalah syarikat pengeluar kereta Perancis yang terkenal dengan jenama Peugeot dan Citreon.

Melalui pakatan strategik itu, ia akan menyaksikan pengenalan model baharu dengan vendor tempatan dapat meningkatkan kemahiran mereka yang akan membawa manfaat kepada industri tempatan serta masyarakat.

NAM menyasarkan pengeluaran sebanyak 18,000 unit kereta pada 2019 dan disusuli sejumlah 21,000 unit pada 2020 yang masing-masing menjana perolehan sebanyak RM724 juta dan RM967 juta.

Sungguhpun ia merupakan satu berita yang menarik, apatah lagi dapat merangsang ekonomi negara kerana ia dijangka melahirkan 70 vendor tempatan tambahan dalam tempoh lima tahun akan datang dan mewujudkan tambahan 1,200 peluang pekerjaan di Kedah namun pastinya ia bukan berita gembira untuk pembangkang.

Ironinya, kilang NAM itu akan beroperasi di Gurun, iaitu tempat di mana Perwaja Steel pernah bertapak dulu semasa era pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan apa yang berlaku kepada syarikat itu?

Perwaja Steel dilaporkan mengalami kerugian hampir RM10 bilion. Pada mulanya ia adalah syarikat usaha sama antara kerajaan dengan Nippon Steel Corporation Jepun namun selepas ia menghadapi masalah pengeluaran, Nippon akhirnya menarik diri.

Malangnya Perwaja telah ditutup dan pekerja terpaksa dibuang. Bukan sahaja Perwaja, malah Bank Negara Malaysia mengalami kerugian lebih RM30 bilion semasa tahun 90-an akibat urus niaga mata wang asing (Forex).

Namun pembangkang seakan-akan terlupa akan semua itu selepas Mahathir menyertai mereka.

Apa yang pasti, pembangkang akan mereka cerita kononnya syarikat luar itu akan `menjajah’ Malaysia, iaitu taktik sama yang digunakan ketika usahasama dijalankan antara firma China, Zhejiang Geely Group Holding Co dan Proton Holdings Bhd.

Walaupun ia bakal memberikan manfaat kepada negara namun pembangkang tidak melihat perkara itu sebaliknya mereka menjaja bahawa kerajaan mahu menjual negara kepada China.

Realitinya, keputusan syarikat dari Perancis itu untuk memilih melabur di Malaysia menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syarikat Peugeot dan Citreon tidak percaya dakyah Mahathir dan pembangkang bahawa Malaysia hendak bankrup. Mereka percaya dengan kekuatan ekonomi Malaysia. Sama seperti SK Group, syarikat multinasional kedua terbesar dari Korea Selatan yang menjadikan Malaysia sebagai hub di rantau ini.

Syarikat mulnasional dan pelabur luar yakin dengan kerajaan BN, maka rakyat Malaysia juga harus melabur sama memberikan mandat yang lebih besar pada kerajaan BN pada PRU14 nanti.


Rujukan:
https://pakdin.my/penganalisis-politik-mahathir-seperti-seorang-bapa-yang-cuba-untuk-menjual-anak-beliau/

https://pakdin.my/mahathir-bapak-jual-anak-yang-sebenar/

https://pakdin.my/mahathir-mudah-lupa-bapa-jual-anak-salahkan-orang-lain-bapak-setan-namanya/

Tulisan :
Beruang Biru
BB796, Selasa
27 Februari 2018

UTAMAEKONOMIPeugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium