25.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

PH didesak bentang pelan pemulihan ekonomi akibat koronavirus

Kerajaan didesak merangka pelan pemulihan agar wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) tidak memberi kesan teruk kepada ekonomi negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, ia perlu dilakukan segera agar keyakinan rakyat tidak terjejas untuk berbelanja.

“Keresahan dan kegusaran rakyat termasuk para pelabur perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

“Ekonomi negara bakal lebih terkesan kerana wabak ini boleh mempengaruhi rakyat untuk tidak berbelanja sekaligus menurunkan permintaan domestik.

“Pelan pemulihan yang komprehensif perlu diwujudkan agar wabak ini tidak akan menjejaskan kestabilan rakyat dan memastikan kesinambungan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas, khususnya industri pelancongan negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf tidak menolak kemungkinan kesan wabak 2019-nCoV kepada ekonomi negara boleh berulang sepertimana yang berlaku ketika wabak SARS melanda dunia pada 2002.

“Ketika wabak SARS melanda dunia pada November 2002 sehingga Juali 2003, sebanyak 8,098 kes direkodkan dengan 132 kematian.

“Tidak terkecuali industri pelancongan negara telah menerima impak daripada wabak SARS itu,” katanya lagi.

…………
Singapura sudah ada pelan.
Virus Wuhan dijangka jejas ekonomi S’pura: Chan Chun Sing
https://pakdin.my/virus-wuhan-dijangka-jejas-ekonomi-spura-chan-chun-sing/






Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan