Statistik Corona

Malaysia
2,442,224
Confirmed
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
Malaysia
2,340,390
Recovered
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
Malaysia
73,258
Active
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
Malaysia
28,576
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,241,090
Confirmed
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
Indonesia
4,084,831
Recovered
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
Indonesia
143,270
Deaths
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm

Thailand

Thailand
1,875,315
Confirmed
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
Thailand
1,758,297
Recovered
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
Thailand
18,922
Deaths
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm

Global

All countries
245,287,597
Confirmed
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
All countries
220,664,846
Recovered
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm
All countries
4,978,828
Deaths
Updated on October 27, 2021 13:36 1:36 pm

PH ‘jahanam’ kali kedua jika terus kerjasama dengan Dr M, kata penyokong Anwar

Kumpulan penyokong Anwar Ibrahim menyokong penuh pendirian terbaharu ketua pembangkang itu untuk memfokus kepada pilihan raya umum akan datang berbanding rancangan mengambil alih pentadbiran negara dengan sokongan Ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

Bendahari Otai Reformis, Ronnie Liu berkata, langkah itu sewajarnya menjadi tumpuan ketua pembangkang bagi memperkuat Pakatan Harapan (PH) memandangkan pilihan raya umum ke-15 boleh diadakan pada bila-bila masa.

“Adalah wajar PH memberi fokus kepada kerja persiapan PRU-15 yang mungkin berlaku pada bila bila masa,” katanya kepada FMT.

Beliau juga memberi “peringatan” kepada PH supaya tidak bekerjasama dengan kumpulan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mengelak gabungan pembangkang itu “jahanam” kali kedua setelah hilang kuasa selepas 22 bulan memerintah.

“PH tidak boleh bergabung sekali lagi dengan Dr Mahathir yang telah kehilangan kredibiliti sebagai seorang pemimpin politik. Jika tidak, PH akan dijahanamkan sekali lagi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek di Selangor mewakili DAP.

Seorang lagi penyokong tegar Anwar, Abdul Razak Ismail senada dengan Ronnie dengan berkata, sebarang bentuk kerjasama dengan Mahathir perlu dielak, selain menambah bahawa PH melakukan kesilapan besar dengan memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai perdana menteri ke-7 kerana banyak janji yang tidak dapat ditunaikan.

“Sebenarnya bagi saya, PKR-PH melakukan ‘kesalahan besar’ apabila bersetuju Dr Mahathir menyertai PH dan seterusnya mengangkat beliau sebagai perdana menteri ke-7 tempoh hari.

“Bukan saja PH gagal menunaikan janji manifestonya seperti menghapuskan PTPTN, kamera kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan menutup kilang Lynas.

“Malah pendedahan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng baru-baru ini menyebut bahawa Mahathir sebenarnya tidak mahu tol dihapuskan,” katanya.

Beliau berkata, tidak boleh “diterima akal” sekiranya PH masih mahu mengekalkan kerjasama dengan kumpulan Mahathir.

Razak yang juga setiausaha Otai Reformis turut mengingatkan PH supaya tidak bekerjasama dengan pemimpin Umno yang disifatkan cuba “bermain dua kolam” dengan menyokong Anwar dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Sikap ‘talam dua muka’ Umno terserlah apabila tiada seorang pun Ahli Parlimennya menolak Belanjawan 2021 pada persidangan Parlimen tahun lepas sedangkan kita diberitahu tidak kurang 10 orang Ahli Parlimen parti itu menyokong Anwar.

“Ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perhimpinam agung parti itu minggu lalu juga dengan lantang menyebut .No Anwar, No DAP dan No PPBM’.

“Ini sewajarnya menjadi isyarat jelas supaya PKR-PH segera menamatkan sebarang rundingan ‘di sebalik tabir’ beberapa orang pimpinan PKR dengan pemimpin Umno untuk bekerjasama dalam menghadapi PRU15 akan datang,” katanya.

Katanya, kenyataan terbaharu Anwar bahawa PH akan memfokus kepada persiapan PRU berbanding mengumpul Ahli Parlimen membentuk kerajaan baharu juga memberi kelegaan kepada penyokong dan akar umbi.

Beliau menggesa pucuk pimpinan PH, khususnya PKR supaya membersihkan parti daripada pemimpin yang mesra dan masih menyokong bekas timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

“Ramai penyokong setia Anwar berpandangan pemimpin ‘proksi Azmin’ yang kekal dalam parti akan memporakperandakan PKR sekiranya mereka terpilih sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

“Ramai penyokong setia Anwar berpandangan pemimpin ‘proksi Azmin’ yang kekal dalam parti akan memporakperandakan PKR sekiranya mereka terpilih sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

“Ramai menjangka akan berlakunya agenda ‘lompat parti’ seperti yang berlaku sekarang,” katanya.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021