31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Tandukan Balotelli Menangkan Itali Ke Atas England 2-1 #PialaDunia2014

wpid-piala-dunia-2014-italy-england-1.jpg

PERLAWANAN Kumpulan D pada Piala Dunia 2014 antara Itali dan England begitu sengit namun tandukan Mario Balotelli menjadi penentu kepada kemenangan Itali dengan jaringan 2-1.

Penguasaan bola pasukan Itali nampaknya lebih kukuh dalam perlawanan ini namun aksi kecemerlangan England turut mampu melemahkan pertahanan pasukan Gli Azzurri itu.

Itali menerusi permainannya yang lebih terancang berjaya meraih gol pembukaan pada minit ke-35 menerusi tendangan cekap Claudio Marchisio dari luar kotak penalti yang menggagalkan kawalan penjaga gol pihak lawan, Joe Hart.

Walaupun ketinggalan satu jaringan tetapi Englas terus memberi saingan dengan pantas apabila memperoleh jaringan pada minit ke-37, hanya berselang dua minit dari gol pembukaan.


Pasukan The Three Lions itu berjaya memberi serangan balas menerusi pemainnya, Daniel Sturridge yang menyambut bola, dilambung dari Wayne Rooney dengan begitu sempurna.

Tindakan kemas itu menyukarkan penjaga gol Salvatore Sirigu mempertahankan gawang pasukannya.

Sebaik sahaja skor jaringan kembali seimbang, Itali dilihat lebih mendominasi sejak awal perlawangan berjaya merebut dua peluang melalui Balotelli dan Antonio Candreva.

Namun, usaha kedua-duanya masih gagal memperoleh sebarang jaringan kerana gawang pihak lawan berjaya dipertahankan.

Itali bagaimanapun kembali meraih jaringan seterusnya menerusi Balotelli sebaik sahaja perlawanan memasuki separuh masa kedua.

Penyerang AC Milan itu nyata berjaya menyambut umpan dari Candreva di hadapan gawang England sehingga Hart nampaknya sukar untuk membuat halangan.


England beberapa kali melakukan serangan dan mempunyai beberapa peluang melalui Rooney tetapi penyerang Manchester United itu gagal mempamerkan sebarang jaringan yang mampu mengimbangi antara kedua-dua pasukan.

Pasukan Itali terus mempertahankan dengan keputusan 2-1 sehingga ke akhir perlawanan.

Senari pemain:

England: Hart, Johnson, Cahill, Jagielka, Baines, Gerrard, Henderson, Rooney, Sterling, Welbeck, Sturridge. Subs: Barkley, Wilshere, Lallana.

Itali: Sirigu, Chiellini, Darmian, Candreva, Marchisio, Balotelli, Barzagli, De Rossi, Paletta, Pirlo, Verratti. Subs: Motta, Immobile, Parolo.


Statistik:

Penguasaan Bola: England 48% – 52% Itali

Tendangan Ke Gawang: England 8 – 5 Itali

Jaringan: England 1 (Sturridge 37′), Itali 2 (Marchisio 35′, Balotelli 50′)

Berita Berkaitan

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga...

Integrasi pengubatan moden dan tradisional Cina untuk rawatan COVID-19

Usaha sedang digiatkan di sesetengah negara seperti China untuk menggunakan pengubatan tradisional serta ubat...

Selepas 8 bulan, jemaah luar negara dibenarkan tunai umrah

Kumpulan pertama jemaah luar negara menunaikan umrah di tanah suci pada Rabu selepas ibadah...

Terpengaruh bisikan syaitan punca gadis Islam dedah aurat, bergelek di media sosial

Kelakuan wanita Islam mendedahkan aurat dan menari di aplikasi media sosial mendapat teguran pendakwah...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...