Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Piala Sudirman: Malaysia tumpas di tangan Jepun 1-4 dalam saingan peringkat kumpulan

Lapan belas tahun berlalu, badi kekalahan kepada Jepun masih menghantui Malaysia apabila pasukan negara terus tewas kepada pasukan dari negara matahari terbit itu 1-4 dalam Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menduduki tempat kedua dalam Kumpulan D, manakala Jepun menerajui Kumpulan.

Pemenang pingat gangsa beregu lelaki Olimpik Tokyo, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih kemenangan pertama Malaysia apabila pasangan itu menundukkan pilihan ke-16 dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, 22-20, 14-21, 21-16 , dalam perlawanan sengit yang berlarutan sehingga 67 minit.

Dalam perlawanan berikutnya pemain perseorangan wanita negara S. Kisona tumpas buat kali kedua dalam kejohanan, kali ini di tangan pemain pilihan kelima dunia Akane Yamaguchi menerusi straight set, 14-21, 14-21.

Perlawanan hebat yang dinantikan ramai peminat badminton menyusul kemudiannya apabila pemain nombor satu dunia Kento Momota berhadapan dengan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, yang pernah menumpaskan pemain dari Jepun itu dalam saingan peringkat suku akhir kejohanan All England 2021.

Selepas ketinggalan enam mata di set pertama, Momota terus beraksi dengan baik untuk menundukkan Zii Jia dengan 21-18, dan disusuli dengan kemenangan di set kedua dengan 21-10.

Dalam perlawanan berikutnya Chiharu Shida dan pasangannya Nami Matsuyama menewaskan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah, 21-16, 21-17, walaupun Shida dikatakan mengalami kecederaan di buku lali kiri.

Pasangan beregu campuran pilihan kelima dunia Yuta Watanabe-Arisa Higashino melengkapkan kemenangan Jepun apabila mereka menumpaskan pasangan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See dengan 21-16, 21-9.

Bagaimanapun Malaysia sudah mengesahkan kedudukan dalam lapan pasukan yang mara ke peringkat berikutnya susulan kemenangan ke atas England, 3-2 Isnin lepas (27 Sept) dan Mesir, 5-0, pada hari berikutnya.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan D, England membelasah Mesir 5-0 untuk menamatkan kempen mereka di tempat ketiga Kumpulan.

Sementara itu susulan undian suku akhir sebentar tadi, menyaksikan Malaysia dijadualkan bertemu dengan Indonesia dalam saingan berikutnya, esok 1 Okt pukul 9 malam waktu Malaysia (4 petang waktu Finland).

Berkaitan