Friday - July 30, 2021 @ 00:29
BERITAPidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri

pidato-bahasa-melayu-piala-pm

Acara tahunan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM 2015 akan bermula esok sehingga 8 Ogos 2015.

PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.

Program ini adalah hasil idea dan inovasi Perdana Menteri sendiri untuk memperkasa bahasa Melayu di persada antarabangsa.

PABM antara lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Bermotifkan melahirkan rasa bangga dan yakin rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah menyerantau ke seluruh pelosok dunia. Penyertaan kali ini memperlihatkan wakil negara yang mengambil bahagian telah meliputi semua enam benua.

Berbekalkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan diperteguhkan melalui wadah 1Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan dapat diperkukuhkan dan rantaian jalinan hubungan antara kaum dapat diperkukuhkan melalui aspek bahasa.

Secara sinikalnya, impak kejayaan PABM dapat dirangkumkan dalam empat konteks; impak dalam pembangunan sektor pengajian tinggi; kesedaran kepada kepentingan pendidikan bahasa Melayu; peningkatan ekonomi dan pengantarabangsaan; serta kejayaan PABM dari kaca mata golongan belia.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here