Sunday - July 25, 2021 @ 17:21
POLITIKPilih agama - Jais teliti ucapan Izzah yang boleh pesongkan akidah @n_izzah

Pilih agama – Jais teliti ucapan Izzah yang boleh pesongkan akidah @n_izzah


++++

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

Izzah melalui kenyataan medianya berkata beliau berkata demikian merujuk kepada sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud, tiada paksaan dalam agama Islam.

“Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’ – daripada ayat suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

“Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam, sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.

“Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad,” katanya lagi.

Izzah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin yang menghadiri sebuah forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?”.

Beliau adalah antara panelis yang hadir.

Dalam keghairahannya meraih sokongan kaum Cina (majorti hadirin yang hadir) Izzah seolah-olah membayangkan pendiriannya agar orang Melayu perlu diberi hak yang sama untuk memilih agama mereka.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata Nurul ketika forum anjuran pergerakan Kristian itu sedang berlangsung, kelmarin.

Kenyataan Izzah itu seolah-olah memperlihatkan pertikaiannya terhadap perundangan di Malaysia yang mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.

+++++
Dewan Ulama PAS tegur

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh, secara tegas meminta mana-mana individu termasuk pemimpin parti politik agar tidak menyentuh hal-hal berkaitan agama Islam sekiranya ‘kurang pakar’ kerana ia boleh menimbulkan polemik dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata hal-hal berkaitan Islam sekiranya tersalah dikeluarkan kenyataan dibimbangi akan menjejaskan akidah dan martabat agama yang dianuti majoriti besar masyarakat negara ini.

“Setiap individu yang nak bercakap soal agama mesti orang yang ada kepakaran dalam bidang agama dan orang yang tiada kepakaran dalam bidang agama jangan menyentuh benda-benda sensitif dan dasar dalam agama Islam.

“Ia dibimbangi akan menjejaskan kewibawaan agama Islam, dibimbangi akan menjejaskan akidah umat Islam dan takut-takut ia bercanggah dengan prinsip agama Islam. Saya bukan tujukan kepada Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) atau sesiapa, kita dalam agama diajar bercakap dalam benda yang kita pakar.

“…kalau tidak tahu kita tidak perlu bercakap (soal Islam), kalau bercakap boleh terpesong akidah dan menyebabkan kekeliruan,” katanya ketika dihubungi AntaraPos.

Tegas Nik Zawawi, sepatutnya tidak timbul soal masyarakat Melayu untuk memilih agama lain selain Islam kerana ia dianuti kaum tersebut sejak sekian lama.

“Sebab dalam konteks agama Islam, agama bukan paksaan kepada sesiapa dan dalam situasi yang sama kita kena ingat dalam konteks masyarakat Melayu yang telah beragama Islam…jadi mereka mesti berpegang kepada agama Islam.

“Jadi tidak timbul soal memilih agama dan sebagainya, Allah mencipta manusia dan menjadikan manusia boleh berfikir dan bijak serta dibenarkan memilih agama yang mahu dianuti. Islam dipilih sebab Islam adalah agama yang tiada cacat cela, jadi kita pilih Islam (sebagai agama),” katanya.

Izzah beri tiket pesongkan akidah – Hasan Ali

Kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu diberi kebebasan untuk memilih agama selain Islam, membuka laluan dan tiket percuma kepada mereka yang mahu menyesatkan umat Islam, kata Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.

Beliau menambah, pendirian Izzah yang kononnya berpandukan sepotong ayat Al-Quran itu telah membuka ruang yang cuba ditutup dan menjadikan gerakan memesongkan akidah bertambah kuat dan garang.

“Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam,” kata Hasan dalam satu kenyataan medianya.

Hasan kemudiannya melahirkan kebimbangannya bahawa keupayaan majlis agama dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin, membendung gejala memesongkan akidah ini mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri.

“Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya.

“Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan akidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu,” katanya lagi.

Hasan menambah apa yang berlaku kini membayangkan virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas.

“Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini,” kata Hasan.

Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor turut mengulas kenyataan Izzah mengenai kumpulan LGBT yang mengamalkan seks dengan kaum sejenis.

Beliau berkata kenyataan Izzah bahawa “tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi” menunjukkan pemikiran Ahli Parlimen Lembah Pantai sudah jauh terpesong.

“Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada “reservation” mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti Anwar,”katanya.

Izzah sebelum ini berkata “orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka”, sekaligus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.

“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata Nurul dalam wacana anjuran sebuah pergerakan Kristian semalam.

Kenyataannya itu dilihat mempertikaikan perundangan di Malaysia yang mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.

Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang Melayu yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.

Nurul berucap di wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?.”

Kenyataan Izzah itu mengundang kritikan banyak pihak termasuk Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya dan Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali.

1Christians Malaysia (Klik imej untuk size lebih besar)

 

++++

Berkaitan:

3 COMMENTS

  1. adakah melayu itu di paksa memeluk islam. jika melayu yang beragama islam , itu wajib mentaati agama islam dan menjaga islam. kenapa ada melayu islam tidak yakiin dengan hukum islam seperti hudud. ini yang patut di persoalkan. ayat itu untuk semua manusia tidak kira bangsa.

    • http://1christians.blogspot.com
      Senangnya mereka memergunakan ayat Allah untuk menegak benang basah surah al-Baqarah 2:256 bermaksud "Tiada paksaan dalam agama".
      Perintah Nabi s.a.w. yang memerintahkan diajarkan solat kepada anak anak berusia 7 tahun dan dirotan setelah berumur 10 tahun sekiranya dia enggan bersolat (fardhu).
      Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dari dosa yakni Muslim). Dan kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak mereka sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi
      JANGAN SAMPAI NANTI ANAK KITA KATA DIA BERHAK PILIH AGAMA APA DIA SUKA.
      Nampaknya Perlembagaan persekutuan artikel 16 mengenai Melayu mula dipersoal oleh puak keristian dengan bantuan orang islam plural.
      Jangan spin ke cerita lain.. itu dah banyak ditulis tapi tak di komen… fokus isu dalam artikel ini.

  2. adakah melayu itu di paksa memeluk islam. jika melayu yang beragama islam , itu wajib mentaati agama islam dan menjaga islam. kenapa ada melayu islam tidak yakiin dengan hukum islam seperti hudud. ini yang patut di persoalkan. ayat itu untuk semua manusia tidak kira bangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here