31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Pilih kerajaan yang mampu urus tadbir negara: @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melambai tangan kepada rakyat Pekan ketika hadir pada majlis Pelancaran Program Vitamin 1Malaysia di Dataran Pekan dekat sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (kanan) dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad (dua, kanan).

Rakyat perlu memilih sebuah kerajaan yang dilihat mampu untuk mengurus tadbir negara dengan cekap demi kelangsungan kesejahteraan dan kemakmuran, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, memilih sebuah kerajaan yang mampu mengurus tadbir negara adalah penting kerana rakyat pada akhirnya juga yang akan menerima manfaatnya.

“(Memilih kerajaan) Bukan setakat pandai bersyarah sahaja atau gantung ‘bulan’ paling tinggi, tetapi kelebihan urus tadbir negara dan agensi, baru boleh jana kekayaan, bila dah berjaya, wajib bantu rakyat dan orang ramai,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Vitamin 1Malaysia dan penyampaian sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2012 di Dataran Pekan di sini, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengarah Program Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Datuk Dr Shamsul Anuar Sulaiman.

Najib berkata, ungkapan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan perlu diterjemahkan dalam bentuk realiti supaya boleh dirasai dan dimanfaatkan oleh rakyat.

“Kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi dan kerajaan serta pentadbiran yang berasaskan kepada KPI (indeks prestasi utama) maka kita berjaya merangsang dan memacu ekonomi yang baik iaitu pada kadar pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata, pencapaian itu perlu dilihat sebagai satu pencapaian yang amat baik ketika negara dan dunia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Kita juga telah dapat mengembangkan ekonomi sebanyak RM1.3 trilion pada tahun lepas, satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini, juga pelaburan tambahan sebanyak RM1.5 bilion,” katanya.


Perdana Menteri berkata, kesan tadbir urus yang cekap juga membolehkan pelbagai agensi kerajaan mendapat keuntungan sekaligus dapat mengagihkan keuntungan kepada rakyat yang memerlukan.

“Contohnya 1MDB, bila dapat untung kita bentuk yayasan dan kita bagi pada rakyat yang memerlukan bantuan, seperti nelayan, kita bagi bantuan menerusi program Ihsan Samudera.

“Belum pernah dalam sejarah kita bagi pelbagai bantuan seperti yang rakyat dapat dalam sebulan dua ini macam bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, baucar buku RM200 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah ada yang kata seumur hidup tak pernah pegang lima keping duit RM100.

“Justeru, ingatlah kerajaan ini untuk rakyat dan yang berbudi kepada rakyat dan kita tahu bila rakyat akan balas balik budi kepada kita,” katanya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan bantuan vitamin kepada 7,321 sekolah seluruh negara yang melibatkan 516,472 pelajar sekolah rendah yang terbabit dalam program Vitamin 1Malaysia.

Sumbangan vitamin yang diberikan itu bertujuan membantu meningkatkan tumbesaran dan kesihatan supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik murid-murid.

Berita Berkaitan

Berita ‘Umno buat soal selidik kemungkinan bekerjasama dengan PKR, DAP’ nak tutup sisatan semula video semburit

Berita yang di petik dari 'sumber' kononnya tetapi tidak pernah diketahui sumbernya sebenarnya berniat...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...