Pilihan Berbuka – Bufet Ramadan, Bazar Atau Masak Sendiri #RamadhanMoments - pakdin.my

Bazir makanan di bulan ramadhan

Ramadan merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Islam dan disambut oleh umat Islam seluruh dunia sebagai bulan untuk berpuasa. Di Malaysia ia sering dikaitkan dengan hidangan bufet Ramadan yang mewah di hotel-hotel.

Bagaimanapun, pada tahun ini keadaannya agak berlainan. Tatkala pelaksanaan enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lalu dan aduan harga makanan yang naik mendadak, apakah hotel-hotel berupaya menarik umat Islam berbuka puasa dengan hidangan mereka?

Kebanyakan hotel yang dihubungi enggan mengulas dengan alasan terlalu awal untuk mengetahui impak GST, tetapi bagi Fraser Residence Kuala Lumpur, pendatang baru dalam industri hospitaliti yang memulakan operasi selepas pembukaan tidak rasmi pada Januari lalu, setakat ini faktor GST tidak memberi kesan kepada operasinya.

Pengurus Besar Michael Lee berkata faktor harga masih sama kerana GST sekadar menggantikan Cukai Kerajaan sebanyak enam peratus sebelum ini.

“Kami melihat isu GST sebagai peluang terbaik kepada kami. Hakikatnya kami memberikan banyak fleksibiliti kepada para tetamu untuk menikmati pembelian awal bufet Ramadan kerana kami memberi pertimbangan kepada corak rakyat Malaysia membuat tempahan pada minit-minit akhir,” katanya kepada Bernama dalam temu ramah baru-baru ini.

Bagi menarik ramai pelanggan datang dan berbuka puasa di restorannya, Relish dengan bufet bertema “Seribu Satu Malam”, Fraser Residence tampil dengan cara unik menawarkan harga lebih rendah kepada pelanggan yang membuat tempahan dua hari lebih awal iaitu RM98 untuk dewasa dan kanak-kanak (6-12 tahun) RM59.

Kanak-kanak bawah umur enam tahun pula percuma.

Harga biasa RM138 bersih (dewasa) RM82 untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Promosi ini boleh didapati mulai 7 malam hingga 10 malam sehingga 12 Julai.

Penetapan harga istimewa oleh Fraser Residence adalah agak berbeza berbanding dengan kebanyakan hotel yang menawarkan diskaun pada minggu pertama dan akhir Ramadan.

Menyentuh tema bufet, Lee berkata, ia merupakan campuran hidangan tempatan dan Timur Tengah yang menjanjikan pelanggan pengalaman menikmati masakan oleh cef pelawat, Cef Houssem Hamouda dari Fraser Suites Dubai, dan diiringi hidangan tempatan terkenal seperti gulai tempoyak ikan patin, rendang tok dan laksa Johor.

Fraser Residence Kuala Lumpur yang mempunyai 445 unit merupakan perkhidmatan kediaman servis terbesar di bandar raya ini dan juga Fraser Hospitality setakat ini. Ia akan dilancarkan sepenuhnya akhir Julai.

Selain bufet hotel-hotel, bazar-bazar Ramadan juga menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan kepelbagaian makanan atau lebih baik lagi, masakan sendiri yang masih menjadi pilihan utama berbuka puasa.

Bagi Norliza Hashim, 50, berbuka puasa dengan keluarga di rumah sentiasa menjadi keutamaan memandangkan empat anaknya mempunyai selera berbeza dan beliau mahu memenuhinya dengan memasak sendiri.

Norliza yang bekerja di sebuah agensi kerajaan berkata, beliau memilih memasak untuk keluarga terutama pada bulan puasa, dan menambah mereka sekeluarga sejak sekian lama makan di luar.

Pembantu peribadi Helmi Syafiq Mohamad Awal, 29, juga memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama-sama rakan serumah. Bagi beliau, makan di rumah melatihnya menjadi lebih berjimat cermat semasa membeli makanan di bazar atau merancang barangan dapur.

“Makan di luar memberi kesan kepada kewangan saya. Saya pilih untuk makan di rumah, memasak makanan yang sederhana dan mudah yang memberikan masa yang cukup untuk berbuka puasa dan menyediakan diri untuk bersolat tarawih kemudiannya,” kata anak kelahiran Negeri Sembilan ini.

Sementara itu bagi Rosidah Abdul Rahman, 46, beliau suka memasak masakan Johor, berbuka puasa di rumah bersama keluarga tersayang yang sudah menjadi tradisi keluarga sejak kecil lagi.

Kerani dan syarikat insurans di Klang itu menyifatkan bufet Ramadan bukan untuk beliau dan keluarga.

UTAMAPilihan Berbuka - Bufet Ramadan, Bazar Atau Masak Sendiri #RamadhanMoments

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium