24.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2020

Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan Akan Ulangi Tragedi 13 Mei – Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran bahawa tindakan DAP mahu mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang akan menimbulkan polarisasi kaum yang akhirnya boleh mengulangi tragedi berdarah 13 Mei.

Beliau berkata DAP membuat ‘kesilapan’ dengan mempertimbangkan aspek penduduk bandar sebagai matlamat utama untuk mereka menang dalam pilihan raya dalam tempoh yang singkat.

“Kita tidak boleh mempertimbangkan kemenangan politik dan penguasaan ekonomi satu pihak sahaja dalam sebuah negeri yang mempunyai masyarakat berbilang kaum

“Kita tidak seharusnya mencadangkan sesuatu yang akan hanya menyebabkan ketidakstabilan, dan meluaskan lagi jurang antara penduduk bandar dan desa.

“Lebih buruk lagi, ketegangan sedemikian boleh mengakibatkan berulangnya tragedi 13 Mei, yang kekal sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara kita,” kata Hadi dalam satu kenyataan pada Jumaat.

PAS sebelum ini sangat vokal dan menentang pilihan raya pihak berkuasa tempatan dengan menegaskan perkara tersebut tidak terdapat dalam polisi bersama pakatan pembangkang.

Kenyataan Hadi itu dikeluarkan selepas berlaku perang mulut antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Mustafa melabelkan DAP sebagai sebuah parti yang ‘angkuh’ kerana menuduh PAS melaksanakan hudud yang bertentangan dengan polisi bersama Pakatan Rakyat.

Namun beliau dilaporkan berkata DAP sendiri melanggar prinsip bersama Pakatan Rakyat dengan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan.
Pilihan raya pihak berkuasa tempatan pernah diadakan di Malaysia namun ia telah dimansuhkan pada 1976 di bawah Akta Kerajaan Tempatan, dan sejak itu jawatan pemimpin pihak berkuasa tempatan ditentukan oleh parti yang memerintah sesebuah negeri.

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...