Tuesday - August 3, 2021 @ 13:10
BERITANASIONALPindaan Auku Cerminkan Keyakinan Kerajaan Terhadap Mahasiswa - @NajibRazak

Pindaan Auku Cerminkan Keyakinan Kerajaan Terhadap Mahasiswa – @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan para pelajar semasa hadir pada Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa Dan Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kampus 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, malam Rabu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan bertujuan untuk mengongkong golongan mahasiswa.

Sebaliknya, katanya, cadangan itu menunjukkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.

Beliau berkata falsafah di sebalik cadangan pindaan AUKU akan membolehkan mahasiswa mendengar ceramah politik dan memilih parti tanpa mengabaikan tumpuan terhadap pelajaran semasa di kampus.

Najib berkata demikian dalam amanatnya kepada 10,000 warga kampus dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA, di sini, malam Rabu.

Katanya pindaan AUKU menunjukkan kerajaan tidak menutup minda mahasiswa tetapi sebaliknya memberi peluang kepada mereka membuat penilaian dan pertimbangan.

“Jangan termakan hasutan dan janji yang manis sebab ada orang suka jual janji manis. Mereka boleh janji matahari, bulan dan cakerawala…saya nak bagi tahu siswa-siswi mereka boleh janji tapi kita (kerajaan) boleh deliver,” katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak akan bermain soal jual beli janji tetapi membuktikan kepada rakyat termasuk mahasiswi bahawa mereka boleh meletakkan keyakinan kepada kerajaan untuk terus memimpin negara.

“Kita beri jaminan bahawa hari esok lebih baik daripada hari ini. Perubahan besar sedang berlaku di negara kita dan ini bukan retorik politik,” katanya.

Najib juga berkata kerajaan juga tidak melupakan keperluan jangka panjang kepada mahhasiswi yang memerlukan pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan mereka.

Beliau berkata untuk itu kerajaan akan melaksanakan projek Mass Rapid Transit (MRT) menghubungkan Sungai Buloh dan Kajang dan juga projek raksaksa Petroliam Nasional Bhd bernilai RM60 bilion di Pengerang, Johor supaya lebih banyak peluang pekerjaan boleh dijana untuk graduan di Malaysia.

Najib berkata: “Mereka akan keluar cari pekerjaan siapa akan beri pekerjaan kalau kita tidak beri perancangan teratur dan sistematik kebelakangan ini. Kalau kita tak galakkan pelaburan RM120 bilion tahun sudah … tak mungkin kita dapat sediakan peluang pekerjaan untuk graduan.”

Mengikut perancangan dalam masa Pelan Tranformasi Ekonomi kerajaan mensasarkan mengadakan 3.3 juta pekerjaan menjelang 2020, katanya.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan akan memberikan perhatian sepenuhnya dalam membangunkan ekonomi negara supaya dapat mencapai pertumbuhan antara lima ke enam peratus setahun agar peluang pekerjaan dapat terus diwujudkan untuk golongan graduan.

Menyentuh mengenai Yayasan Sukarelawan Siswa yang dilancarkan oleh beliau, Najib meminta mahasiswi melakukan kerja kebajikan dan menjadi sukarelawan sekurang-kurangnya sekali sepanjang pengajian mereka.

Menerusi aktiviti kesukarelawan ini mereka boleh mendapat pengalaman baru dan mungkin mampu menjadi ikon atau model contoh untuk negara dan masyarakat, katanya.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here