Pindah DPP: Polis Ambil Keterangan Wartawan The Star - pakdin.my

fitnah-sprm-thestar-pdrm

Polis mengambil keterangan daripada wartawan The Star berhubung satu laporan berkaitan dakwaan perpindahan timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Polis tiba di Menara Star kira-kira pukul 2 petang Isnin untuk mengambil keterangan Nicholas Cheng.

Cheng diwakili peguam Amer Hamzah Arshad.

Sekumpulan anggota polis dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil sebuah komputer untuk membantu siasatan mereka.

Pegawai penyiasat sedang menyiasat laporan dalam portal berita berkaitan DPP, Ahmad Shazalee Abdul Khairi yang didakwa diarahkan berpindah secara tiba-tiba.

The Star menyiarkan beberapa laporan berhubung dakwaan perpindahan itu.

Terdahulu, ketua pengarang dan pengarang berita Malaysiakini disiasat berhubung perkara yang sama.

Dalam laporannya, Malaysiakini mendakwa, seramai 10 pegawai dan anggota SKMM serta polis telah merekod keterangan pengarang tersebut.

Pada Isnin lalu, portal berita pro-pembangkang itu melaporkan seorang pendakwa raya SPRM yang terbabit dengan penahanan beberapa saksi penting secara mengejut dipindahkan serta-merta.

Malaysiakini dipetik berkata pegawai itu adalah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

“Beliau sebelum ini, ditahan oleh pihak polis pada awal pagi 1 Ogos lalu dan ditahan di sebuah lokap serta rumah dan pejabatnya digeledah.

UTAMABERITAPindah DPP: Polis Ambil Keterangan Wartawan The Star

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium