Pinjam, korek dan jual aset lebih RM100 bilion, rakyat dapat apa soal Najib #pakdin.my

Pinjam hampir RM100 bilion dalam tempoh tak sampai 5 bulan tak kira banyak ke?

Jadi, mana bantuan PKP 2.0 dan PKP3.0/3.1 ?

Beza antara angka RM115.43b diberi senarai saya dengan pinjaman baru RM99.3 bilion tahun ini diakui Menteri Kewangan PN adalah:

1) Penjualan sepenuhnya aset Silterra dengan nilai RM273 juta oleh Khazanah pada 31 Mac 2021.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2021/03/31/khazanah-sells-silterra-for-rm273mil/

2) Penjualan lagi sebahagian saham Telekom Malaysia dengan nilai RM312 juta pada 15 April 2021.
https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-raises-rm312m-tm-share-placement

3) Korek tabung KWAN sebanyak RM5 bilion pada bulan April.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/810857/kerajaan-ambil-rm5-bilion-daripada-rm195-bilion-kwan

4) Pinjaman asing US$3 bilion (RM12.42 bilion) melalui Petronas pada 23 April 2021.
https://www.theedgemarkets.com/article/petronas-prices-us3b-bond-offering

5) Pinjaman asing US$1 bilion (RM4.14 bilion) melalui Khazanah Nasional pada 6 Mei 2021.
https://themalaysianreserve.com/2021/05/06/khazanah-raises-rm4-1b-from-sukuk-issues/

Tengku Zafrul kata pinjaman Petronas dan Khazanah adalah hutang mereka untuk keperluan modal dan aliran tunai mereka dan bukan hutang persekutuan.

Tapi perlu ingat bahawa kerajaan juga ambil dividen lebih tinggi dari Khazanah dan Petronas tahun lepas. – misalnya Petronas bayar dividen RM34 bilion walaupun ianya rugi RM21 bilion.

Sebab itu, Khazanah dan Petronas terpaksa pinjam dalam bentuk USD tahun ini dan tahun lepas untuk mengimbang semula keperluan aliran tunai.

Lagipun, Khazanah dan Petronas adalah milik penuh kerajaan persekutuan. Jadi, hutang Khazanah dan Petronas juga pada akhirnya ditanggung kerajaan.

NOTA: Hari ini, kerajaan PN buat lagi pinjam tempatan sebanyak RM4.5b – menjadikan jumlah dana tambahan kerajaan melalui sumber pinjaman baru, penjualan aset dan korek dana simpanan sebanyak RM120.03 bilion sejak permulaan tahun ini.

Berkaitan