29 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

Covid-19: PKPB bagi seluruh negri di Sabah, Selangor, KL dan Putrajaya – Ismail Sabri

Bagi membendung peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PKPB di Sabah akan bermula tengah malam ini sehingga 26 Oktober manakala perintah yang sama akan dikuatkuasakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 14 Oktober sehingga 27 Oktober.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang medianya yang disiarkan melalui Facebook hari ini.

“Sidang khas hari ini mendengar pengesahan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) berhubung peningkatan kes-kes positif di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020,” katanya.

Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, semua kegiatan ekonomi di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dilarang sepanjang tempoh PKPB:

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak

dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas

daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat

kebenaran daripada majikan.

  • Hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.

SOP yang lebih lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat, kata Ismail Sabri.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.