31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 16, 2021

PKPB ditamatkan kecuali Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara ditamatkan kecuali tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan lagi selama 14 hari bermula 7 hingga 20 Disember ini.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga daerah di Selangor dibebaskan PKPB iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa daerah di negeri lain turut dikenakan PKPB iaitu di Perak (daerah Kinta Serta Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong), Kelantan (Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas), Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson), Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai).

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah selain tidak lagi mengehadkan jumlah dalam satu kenderaan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.