27 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

[Video] PKPB: Rentas negeri suami isteri berjauhan dibenarkan mulai Isnin

Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun menegaskan perjalanan rentas negeri atas alasan lain secara keseluruhannya masih belum dibenarkan setakat ini.

“Hari ini, mesyuarat memutuskan untuk memberi kelonggaran seperti sebelum ini iaitu rentas negeri dibolehkan jika membabitkan kes kecemasan seperti kematian dan perubatan, begitu juga yang berulang alik ke tempat kerja, contohnya duduk di Seremban dan bekerja di Putrajaya.

“Selain itu, sebelum ini saya umumkan rentas negeri pasangan yang terpisah dibenarkan dan kemudian dihentikan sebelum Aidilfitri. Hari ini, kita bersetuju larangan itu ditarik balik, maka pasangan suami isteri ini bolehlah merentas negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara itu untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei. – BHOnline

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.