PKPD Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur – Mukim dan Lokaliti yang terlibat dan SOP - pakdin.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pembentangan kepada Mesyuarat Jawatakankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi COVID-19 di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi.

Selangor melaporkan purata kes harian COVID-19 antara 1,800 ke 1,900. Manakala di WP Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes.

Kesemua daerah di Selangor dan WP Kuala Lumpur melaporkan insiden kes COVID-19 melebihi 12.1 /100,000 penduduk.

Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan.

Situasi ini adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

Sehubungan itu, melalui perbincangan pelbagai agensi serta berdasarkan penilaian risiko oleh KKM, Majlis Keselamatan Negara
memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di WP Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai 2021sehingga 16 Julai 2021.

Mukim-mukim yang terlibat adalah seperti berikut:

Daerah Petaling
Mukim:
– Petaling
– Damansara
– Sg Buloh
– Bukit Raja

Daerah Hulu Langat
Mukim:
– Hulu Langat
– Ampang
– Cheras
– Kajang
– Semenyih
– Beranang

Daerah Sepang
Mukim:
– Dengkil
– Labu
– Sepang

Daerah Gombak
Mukim:
– Batu
– Rawang
– Setapak
– Hulu kelang
– Kuang

Daerah Kuala Langat
Mukim:
– Tanjung 12 (1)
– Tanjung 12 (2)
– Teluk Panglima Garang
– Morib
– Bandar
– Jugra
– Batu

Daerah Klang
Mukim:
– Kapar
– Klang

Daerah Kuala Selangor
Mukim:
– Ijok
– Bestari Jaya
– Jeram

Daerah Hulu Selangor
Mukim:
– Serendah
– Rasa
– Ulu Yam
– Batang Kali

Manakala bagi WP Kuala Lumpur melibatkan lokaliti seperti berikut:
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda
– Flat Seksyen 2 Wangsa Maju
– Flat Seksyen 1 Wangsa Maju
– Kampung Padang Balang
– Taman Koperasi Polis (Fasa 1 & 2)
– Flat Sri Sabah
– Kampung Puah
– Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Kampung Baru Air Panas
– Flat Desa Pandan (Termasuk Baiduri & Delima)
– Kampung Batu Muda
– Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi
– Bandar Baru Sentul
– Taman Ikan Emas

Dengan pelaksanaan PKPD ini, SEMUA laluan kawasan PKPD akan
ditutup dan dikawal oleh PDRM.

Semua penduduk di dalam kawasan PKPD TIDAK DIBENARKAN
keluar dari kediaman masing-masing KECUALI seorang (1) sahaja
wakil isi rumah keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan
PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

KKM akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas
semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.
Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatkan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Oleh yang demikian, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi
tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar
daerah atau negeri tempat tinggal DIBENARKAN dengan
menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman
sesawang atau SMS.

Lapangan terbang dan Pelabuhan dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Aktiviti dan perkhidmatan pengangkutan awam (keretapi, komuter, bas, lapangan terbang, teksi, feri, e-hailing) dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50%.

Bilangan penumpang dalam teksi dan e-hailing dihadkan dua (2)
orang sahaja termasuk pemandu.

Tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman
selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau
mendapat kebenaran PDRM.

Hanya sektor perkhidmatan perlu (essential services) sahaja
DIBENARKAN untuk beroperasi dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam
seperti utiliti, pembersihan dan kumbahan.

Selain itu, hanya kilang bahan makanan dan keperluan asas harian seperti beras, roti putih (loaf), gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar, susu tepung bayi, ubat-ubatan, dan topeng muka dibenarkan beroperasi.

Kebenaran untuk bekerja hanya bagi perkhidmatan perlu (essential
services) atau menjalankan tugas rasmi Kerajaan dengan surat
pengesahan daripada majikan atau pas pekerja yang sah.

Pekerja selain daripada perkhidmatan perlu TIDAK DIBENARKAN
keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD. Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja-pekerja bekerja dari rumah (work from home).

Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang-kilang serta premis-premis perniagaan yang dibenarkan sahaja boleh menggunakan surat
MITI yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan / kiosk DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pembelian makanan secara bawa pulang (take away), pandu lalu
(drive-thru) atau penghantaran (delivery) sahaja DIBENARKAN.

Kedai runcit, kedai serbaneka, kedai barangan keperluan harian
DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Hospital, klinik dan makmal perubatan DIBENARKAN beroperasi sehingga 24 jam atau mengikut lesen kebenaran.

Kedai farmasi, kedai penjualan ubat-ubatan, klinik haiwan, kedai
makanan haiwan, DIBENARKAN beroperasi antara 8.00 pagi hingga
8.00 malam.

Stesen minyak DIBENARKAN beroperasi antara 6.00 pagi hingga
8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya bertol beroperasi
sehingga 24 jam.

Pasar borong DIBENARKAN beroperasi bermula 12.00 pagi hingga 6.00 pagi.

Pasar awam, Pasar Tani Kekal (PTK) & MyFarm Outlet (MFO)
DIBENARKAN beroperasi bermula 6.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sebarang aktiviti sukan, sosial, rekreasi dan budaya adalah TIDAK
DIBENARKAN.

Kebenaran dan SOP seperti yang dinyatakan di atas merupakan
sebahagian daripada SOP penuh.

SOP ini terguna pakai bagi pelaksanaan PKPD di mukim-mukim di Negeri Selangor dan lokaliti-lokaliti di WP Kuala Lumpur.

Maklumat terperinci mengenai SOP boleh dirujuk di laman
sesawang MKN di https://www.mkn.gov.my.

UTAMABERITAPKPD Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur - Mukim dan Lokaliti yang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium