Huan Cheng Guan

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, beliau difahamkan DAP akan meletakkan calon-calon mereka di lima kawasan PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu dakwa beliau, DAP juga akan meletakkan calon-calon Melayu untuk bertanding di semua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas dalam tempoh tersebut.

“Langkah tersebut jelas membuktikan DAP secara halus cuba memonopoli Pulau Pinang dan sanggup bertindak kejam menyingkirkan PKR walaupun menyedari parti itu bersama dalam pembangkang.

“Dalam situasi ini, PKR tidak ubah se­perti ‘macai’ kerana kepemimpinan mereka langsung tiada peluang untuk membuat sebarang keputusan di peringkat negeri itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.