25.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 24, 2020

PKR Cuba Berbohong Lagi, Kononnya Pemborong Dan Orang Tengah Bukan Punca Kenaikan Harga

pasar-chow-kit

Bagi mereka yang masih ingat tragedi Jun 1997, tentunya sedang melihat ulangan drama yang cuba dimainkan oleh PKR sekarang ini. Bezanya pada Jun 1997, susut nilai Ringgit dikaitkan dengan pentadbiran negara yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Kronisme, nepotisme dan rasuah itulah sebenarnya yang menjatuhkan nilai Ringgit dan merudumkan ekonomi negara walaupun hakikatnya, faktor sebenar adalah aktiviti pemerdagangan Ringgit oleh penyangak-penyangak matawang. Jun 1997 merupakan tarikh pertama serangan yang telah menjatuhkan Harimau-Harimau Asia yang pada ketika itu sedang menikmati kemuncak ekonomi dengan Thailand merupakan negara paling terjejas.

Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu merupakan orang yang paling tergedik-gedik untuk menjadi Perdana Menteri. Dia mendapat segala bantuan yang diperlukan untuk menjayakan objektifnya termasuklah dari Bank Negara Malaysia sendiri. Dan apabila Kerajaan Dr. Mahathir menerusi MTEN memperkenalkan rejim kawalan tukaran selektif pada mengikat Ringgit pada kadar RM3.80 berbanding US$1.00 pada penghujung 1997, selain beberapa langkah penting seperti memperkenalkan langkah-langkah drastik sehingga CLOB yang memperdagangkan saham-saham Malaysia di Singapura terpaksa ditutup, sentimen KRN (kronisme, rasuah dan nepotisme) terpaksa ditingkatkan. Kononnya ekonomi negara ini mengalami ketirisan yang teruk akibat amalan KRN.

Anehnya, rakyat yang sepatutnya sudah memahami struktur serangan oleh penyangak matawang selain jualan singkat saham, lebih mempercayai konsep KRN berbanding serangan terancang yang bermodalkan multi-billion dollar untuk menjatuhkan ekonomi sesebuah negara menerusi penyusutan nilai matawang dan menurunkan harga-harga saham yang didagangkan di bursa. Rakyat Malaysia majoritinya pada waktu itu tidak melihat keteguhan Ringgit Malaysia sebelum itu. Tidak menghiraukan KDNK Malaysia yang berkembang hampir 8% setiap tahun. Tidak mahu ambil tahu mengapa dagangan luar Malaysia mencecah US$158 bilion, lebihan fiskal yang diperolehi oleh kerajaan, hutang luar yang rendah iaitu pada 40% daripada Keluaran Negara Kasar (KDK), manakala inflasi pula berada pada titik terendah iaitu 2.1%.

Kegawatan kewangan dan ekonomi negara pada 1997 berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan. Faktor KRN yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya serta mendapat sokongan daripada nama-nama besar yang mendakwa mereka adalah pakar-pakar ekonomi dan kewangan dunia, cuba diabsahkan sebagai punca utama kejatuhan nilai matawang Malaysia dan ekonomi negara ini.

Anehnya, mereka jugalah yang paling kuat menentang apabila Malaysia mengambil keputusan menambat nilai Ringgit dengan Dollar Amerika. Mereka jugalah yang paling lantang mencemuh apabila Malaysia memperkenalkan undang-undang dan larangan menghalang saham-saham Malaysia daripada diniagakan secara bebas dan tidak terikat oleh CLOB di Singapura.

Namun akhirnya, semua pihak mengakui bahawa serangan spekulatif merupakan punca utama kegawatan ekonomi dan kewangan pada 1997. Malaysia yang pulih dalam tempoh singkat, diperakui telah melaksanakan dasar-dasar kewangan dan pemulihan ekonomi yang lebih ketat, sekaligus menghalang penyangak-penyangak matawang dan pelabur lindung nilai jangka pendek daripada meneruskan agenda mereka.

Niat jahat orang yang teringin merampas kuasa, akhirnya terbarai. Malah dia sendiri sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang ekonomi apabila gagal menjelaskan apa maksudnya ‘The Offshore Ringgit’ selain terlalu terikat dengan dasar-dasar virtual IMF yang bukannya menambahbaik ekonomi dan sistem kewangan Malaysia, malahan menjerut dan mengheret Malaysia ke jurang inflasi terbesar dalam sejarah.


Kini sejarah itu berulang. Walaupun bukan lagi dalam bentuk menyusutkan nilai Ringgit atau serangan ke atas Indeks Komposit, tetapi melakukan serangan secara lebih berkesan dan lebih dekat dengan rakyat bawahan iaitu membabitkan Harga Barangan terutama sekali makanan.

Pihak yang paling berkuasa menentukan harga adalah pemborong dan orang tengah. Mereka ini samalah seperti spekulator matawang dan pedagang singkat saham. Mereka membuat spekulasi untuk menaikkan harga komoditi dan jualan dibuat secara singkat dan terpilih-pilih. Pengeluar tidak akan mendapat keuntungan besar sebagaimana yang diperolehi oleh pemborong dan orang tengah, manakala peruncit pula kekal dengan dalal dan upah yang rendah kerana tekanan harga daripada pemborong dan orang tengah.

Pemborong dan orang tengah ini juga bertindak sebagai pengancam kestabilan dalam negara serta sentiasa mengugut kerajaan dengan mengurangkan penawaran dan bekalan ke dalam pasaran. Sedar, kelebihan pasaran bebas berada di tangan mereka, pemborong dan orang tengah yang biasanya akan menentang kerajaan, memberi kelebihan pula kepada pihak politik pembangkang.  Sesiapa sahaja yang jadi pembangkang, akan mendapat sokongan daripada golongan pemborong dan orang tengah ini kerana mereka perlu memastikan kepentingan mereka terjaga dan kerajaan amat takut dengan mereka.

Justeru itulah, PKR cuba berbohong dan menentang apabila Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan, punca kenaikan harga adalah disebabkan pemborong dan orang tengah. Golongan pro-Anwar ini masih cuba memutarbelitkan isu KRN sebagai punca, sepertimana mereka menggunakan isu yang sama ketika mendesak Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri untuk diambilalih oleh Anwar Ibrahim.

Pembohongan demi pembohongan terus dilakukan dalam usaha menjadikan harga barangan sebagai senjata berkesan menjatuhkan kerajaan sedia ada. Jangan harap golongan ini akan menentang pemborong dan orang tengah yang begitu kebal berbanding mereka menyatakan ketirisan dan rasuahlah punca ekonomi negara merudum dan harga barangan mengalami kenaikan luar biasa.

Anehnya, di gedung-gedung besar perniagaan dan di tempat-tempat makan terbuka serta berharga mahal, tidak pula kurang orang dan pelanggannya dengan majoriti daripada mereka adalah rakyat Malaysia!!!

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...